Utama Mobile Aplikasi PLUS aktifkan RFID dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR), lebih...

PLUS aktifkan RFID dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR), lebih pantas dari SmartTAG

1211
0

RFID dengan sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) akan mula diaktifkan di laluan Hutan Kampung dan Sungai Dua bermula Ahad ini, 31 Oktober 2021.

Menurut PLUS, pelaksanaan ini akan membolehkan lebih ramai pengguna menikmati perjalanan dengan lebih lancar melalui pembayaran nirsentuh dan nirtunai. Pelaksanaan ini juga menamatkan ujian rintis umum yang telah dimulakan sejak Julai 2020.

PLUS menyatakan RFID dengan sistem ANPR ini teah dipertingkatkan bagi memudahkan pengguna melepasi laluan dengan lebih lancar tanpa sebarang sekatan. Pengguna boleh melepasi laluan sebarang halangan pada kelajuan cadangan yang lebih tinggi 30km/j berbanding SmartTag pada 20km/j.

RFID ini juga menyediakan pengguna lebuh raya pembayaran nirtunai melalui akaun Touch ‘n Go eWallet. Pengguna juga boleh membuat isian semula automatik melalui eWallet bagi memastikan baki akaun sentiasa mencukupi. Tag RFID ini berharga RM35 dan anda boleh memesannya secara dalam talian.

Melalui kerjasma dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Touch ‘n Go, PLUS sedang merancang untuk memperluaskan lagi pembayaran tol melalui RFID di seluruh lebuhrayanya dari Juru hingga ke Skudai pada awal 2022.

Laluan pembayaran secara sistem RFID ini, bagaimanapun masih lagi berpalang seperti laluan pembayaran tol menggunakan kaedah pembayaran lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.