Utama Teknologi Keselamatan PDRM nasihatkan Orang Ramai Hati-Hati dengan Taktik Scam Baharu guna Kod QR

PDRM nasihatkan Orang Ramai Hati-Hati dengan Taktik Scam Baharu guna Kod QR

113
0
Gambar hiasan

Pembayaran menggunakan kod QR kian menjadi satu kelaziman di dalam kehidupan penduduk di Malaysia pada masa kini. Ia merupakan salah satu kaedah yang memberikan kemudahan kepada pengguna membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan aplikasi e-dompet mahupun perbankan. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang menyalahgunakan kemudahan tersebut bagi tujuan kegiatan jenayah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf telah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik penipuan baharu menggunakan kod QR.

Penipuan tersebut dilakukan melalui pemberian hadiah dengan cetakan kod QR di atasnya dan meminta mangsa mengimbasnya untuk mendapatkan baucar tunai. Mangsa kemudian diminta memasukkan maklumat berkaitan perbankan kononnya bagi membolehkan ganjaran tunai tersebut ‘dipindahkan’ ke dalam akaun. Proses penipuan tersebut berlaku secara fizikal dan dibimbangi pengguna yang terpedaya tidak menyedarinya taktik tersebut.

Menurut Datuk Seri Ramli lagi, tiada laporan polis berkaitan penipuan tersebut setakat ini. Di dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan tentang satu lagi taktik menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdapat laooran mangsa yang menerima mesej teks yang didakwa dari syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom dan Digi. Mesej-mesej berkenaan kononnya ‘mengingatkan’ mangsa tentang tarikh luput mata ganjaran yang tidak dituntut dan memaksa untuk menebuskannya segera melalui pautan yang disediakan.

Orang ramai diminta supaya terus berhati-hati dan mengamalkan sikap berwaspada serta saling berpesan-pesan ke arah kebaikan untuk membanteras kegiatan penipuan di dalam masyarakat kita.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.