Utama Mobile Aplikasi Cara dapatkan RM30 e-Tunai Rakyat ke dalam aplikasi Dompet Elektronik anda

Cara dapatkan RM30 e-Tunai Rakyat ke dalam aplikasi Dompet Elektronik anda

2172
0

Rakyat Malaysia akan menikmati pemberian RM30 dalam bentuk dompet elektronik melalui program e-Tunai Rakyat bermula 15 Januari 2020. Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program e-Tunai Rakyat yang dilancarkan dengan dana keseluruhan RM450 juta akan disalurkan melalui tiga pengendali e-dompet terbesar di Malaysia iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Tuntutan nilai dompet elektronik sebanyak RM30 ini boleh dibuat mulai 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.

Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun selepas tarikh 31 Disember 2020 dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000 layak untuk menerima insentif e-Tunai Rakyat. Nilai RM30 di dalam dompet elektronik yang tidak dibelanjakan selepas tarikh 14 Mac 2020 akan luput secara automatik.

Program e-Tunai Rakyat ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019.

Inisiatif e-Tunai Rakyat ini dibentuk bagi meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital di kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya di sektor runcit. Oleh itu, Kementerian Kewangan menggalakkan semua peniaga untuk berdaftar dengan satu atau semua pengendali e-dompet yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat daripada inisiatif e-Tunai Rakyat sebelum 14 Mac 2020.

Berikut adalah cara untuk mendapatkan e-Tunai Rakyat RM30 melalui Boost, e-Dompet Touch ‘n Go atau GrabPay.

GrabPay

  1. Buka aplikasi dan klik pada banner yang bertulis “Upgrade your GrabPay Wallet”

    Imej dari Noodou
  2. Klik “Upgrade Now”

    Imej dari Noodou
  3. Pastikan dompet elektronik anda diaktifkan dan ambil foto MyKad anda. Hantarkannya dan sebaik berjaya satu paparan akan tertera menyatakan “Money Transfer Enabled”. Proses ini akan mengambil masa sehingga 48 jam untuk pengesahan.

    Imej dari Noodou

e-Dompet Touch ‘n Go

  1. Buka aplikasi dan klik pada banner “e-Tunai Rakyat”

    Imej dari ZingGadget
  2. Klik pada “Verify Account Now”

    Imej dari ZingGadget
  3. Ikuti langkah berikut untuk membuat pengesahan akaun anda

    Imej dari ZingGadget
  4. Ambil foto MyKad anda dan ambil juga foto swafoto anda untuk dihantar

    Imej dari ZingGadget
  5. Lengkapkan maklumat peribadi anda yang diperlukan. Akaun anda akan disahkan dalam tempoh 48 jam bersama-sama wang RM30 yang dituntut.

    Imej dari ZingGadget

Boost

  1. Buka aplikasi dan klik pada ikon dompet di sebelah penjuru kanan atas atau klik sahaja pada banner E-TUNAI RAKYAT 2020

    Imej dari Noodou
  2. Klik pada “Upgrade Now” untuk menaik taraf ke premium wallet

    Imej dari Noodou
  3. Ambil foto MyKad anda foto swafoto anda untuk membuat pengesahan identiti. Proses pengesahan ini mengambil masa sehingga 48 jam.

    Imej dari Noodou

Sebagai maklumat tambahan, nilai tunai di dalam dompet elektronik ini tidak boleh dipindah milik ke pengguna lain dan ianya perlu digunakan sebelum ia luput pada 15 Mac 2020.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.