Utama Perbankan Syarikat e-Wallet minta Kerajaan lanjutkan Pengecualian SST di dalam Belanjawan 2025

Syarikat e-Wallet minta Kerajaan lanjutkan Pengecualian SST di dalam Belanjawan 2025

289
0

Persatuan Pengeluar E-Wang (Association of E-Money Issuer, AEMI) telah meminta pihak kerajaan supaya melanjutkan pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk perkhidmatan kewangan digital. Cadangan tersebut dikemukakan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan dibentang di Parlimen pada 18 Oktober 2024.

AEMI mendakwa keanggotaannya sebanyak 35 buah syarikat e-wallet telah memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan kewangan digital kepada pengguna dari pelbagai latar belakang termasuk kumpulan B40, dan M40 serta syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) mikro. Pengecualian SST seperti yang dilaksanakan sekarang ini penting bagi memastikan perkhidmatan kewangan digital mampu milik.

Cadangan perlanjutan tempoh pengecualian di dalam Belanjawan 2025 ini juga bagi mempromosikan pembayaran nirtunai dengan lebih meluas. TNG Digital yang juga merupakan anggota persatuan tersebut juga membuat permintaan yang sama pada minggu lepas. Turut dicadangkan perluasan akses internet berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan terpencil bagi meningkatkan bilangan penglibatan di dalam ekonomi digital.

Awal tahun ini kerajaan telah meningkatkan kadar SST daripada 6% kepada 8% dengan pengecualian diberikan kepada makanan dan minuman. Platform-platform digital seperti e-dagang dan penstriman bagaimanapun terkesan dengan kenaikan tersebut kerana dikategorikan sebagai cukai digital.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.