Utama Mobile Aplikasi Kredit e-Dompet Percuma RM50 ePENJANA akan masuk hujung Julai ini

Kredit e-Dompet Percuma RM50 ePENJANA akan masuk hujung Julai ini

733
0

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebulan yang lepas telah mengumumkan inisiatif ePENJANA yang bakal memberikan kredit e-dompet percuma sebanyak RM50 kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak.

Antara syarat yang melayakkan untuk menerima kredit percuma berkenaan adalah perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

Baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah menyatakan kredit ePENJANA akan diagihkan pada penghujung bulan ini. Dijangkakan, maklumat terperinci mengenai kaedah pengagihan dan sebagainya bakal diumumkan oleh pihak kerajaan dalam masa yang terdekat ini.

Setakat ini masih belum diketahui penyedia-penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat di dalam inisiatif ePENJANA ini.

Di dalam program E-Tunai Rakyat yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada awal tahun ini, Touch ‘n Go e-Wallet, Boost dan Grab merupakan penyedia perkhidmatan yang turut terlibat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.