Utama Apple Apple tawarkan kabel Thunderbolt 4 Pro panjang 3 meter berharga RM799

Apple tawarkan kabel Thunderbolt 4 Pro panjang 3 meter berharga RM799

306
0

Apple sebelum ini pernah menawarkan kabel Thunderbolt 3 Pro sepanjang 2 meter dengan harga RM649 pada tahun 2020. Kini, pengeluar iPhone ini masih lagi mengekalkan kadar harga premium berkenaan bagi Thunderbolt 4 pada tahun ini.

Sama seperti sebelumnya, kabel baharu ini hadir dalam bentuk beranyam bagi memberikan lebih ketahanan selain mengurangkan kesan tersimpul. Dari segi kadar pemindahan data, kabel baharu ini juga menawarkan kadar 40Gbps dan kadar pemindahan kuasa sehingga 100W, sama seperti kabel sebelumnya.

Seperkara yang membezakan kabel lama dengan kabel Apple Thunderbolt 4 Pro USB-C baharu ini adalah pada kepanjangannya iaitu 3 meter. Apple juga tidak lagi menawarkan kabel Thunderbolt 3 Pro 2 meter kerana untuk menggantikannya dengan kabel Thunderbolt 4 Pro dengan kepanjangan 1.8 meter pada harga yang sama iaitu RM649.Harga Apple-Thunderbolt-4-Pro-3 Meter

Di Malaysia, harga bagi kabel Thunderbolt 4 Pro 3 meter adalah RM799 dan ia dikirakan sebagai terlalu mahal memandangkan harga tersebut menyamai harga sebuah telefon pintar.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.