Utama Mobile Aplikasi WhatsApp akan perkenalkan Fungsi Admin Group boleh padam Mesej sesiapa sahaja

WhatsApp akan perkenalkan Fungsi Admin Group boleh padam Mesej sesiapa sahaja

572
0

Aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Telegram seringkali mengemaskini ciri baharu bagi menjadikan penggunaannya lebih bermanfaat. Kini, WhatsApp sedang mengusahakan fungsi baharu yang memberikan pentadbir (admin) lebih kawalan di dalam sesebuah sesi borak (chat).

Melalui fungsi baharu tersebut, para pentadbir sesebuah kumpulan borak (chat group) di dalam WhatsApp boleh memadamkan mesej sesiapa sahaja di dalam kumpulan terbabit. Buat masa ini, fungsi tersebut hanya terhad kepada penghantar mesej berkenaan.

Fungsi memadamkan chat ini berguna untuk pentadbir sesebuah kumpulan borak yang amat besar terutamanya bagi mengelakkan fokus kumpulan tersebut tidak tersasar.

Menurut maklumat dari WABetaInfo, fungsi berkenaan sedang diuji menerusi versi beta WhatsApp 2.22.11.4. Di dalam versi beta baharu tersebut, mesej yang dipadamkan tersebut akan menunjukkan satu pemakluman bahawa mesej tersebut telah dipadamkan, bersama-sama maklumat siapa yang memadamkannya. Ini bagi menjamin ketelusan proses penyampaian maklumat menerusi platform permesejan terbabit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.