Dalam usaha ke arah menjadi Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider, ISP), Astro telah melancarkan perkhidmatan jalur lebarnya sendiri yang dikenali sebagai Astro Fibre pada Mac lalu. Pada ketika itu, perkhidmatan tersebut ditawarkan sebagai pakej pukal bersekali dengan pek kandungan Astro.
Berbeza dengan pakej pukal Astro & Broadband sebelum ini yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar Maxis Fibre dan Allo dari TNB, Astro Fibre menggunakan infrastruktur TM.
Kini, pengguna boleh mendapatkan Astro Fibre dalam bentuk pakej internet sahaja atau bersama-sama pek kandungan saluran Astro.
Melalui promosi yang dikenali sebagai WiFi Kencang, Astro Fibre menawarkan pakej kelajuan memuat turun dan memuat naik yang sama dengan pakej sebelum ini.
- Astro Fibre 50Mbps: RM99 (kelajuan muat naik 20Mbps)
- Astro Fibre 100Mbps: RM129 (kelajuan muat naik 50Mbps)
- Astro Fibre 500Mbps: RM189 (kelajuan muat naik 100Mbps)
- Astro Fibre 800Mbps: RM249 (kelajuan muat naik 200Mbps)
Kesemua pakej berkenaan didatangkan bersama-sama sebuah modem fiber dan router Wi-Fi 6 sebagai set peralatan standard. Bagi pelan Astro Fiber 100Mbps dan ke atas pula, anda akan diberikan sebuah peranti Mesh Wi-Fi yang diberikan secara percuma untuk 24 bulan.
Seperti biasa, pelan ini hadir dengan ikatan kontrak untuk selama 24 bulan. Walaubagaimanapun, kontrak ini tidak akan diperbaharui secara automatik seperti pakej Bundle Astro Fibre sebelum ini.