Utama Apple Apple dijangka akan melancarkan iPhone Boleh Lipat tidak lama lagi

Apple dijangka akan melancarkan iPhone Boleh Lipat tidak lama lagi

180
0

Telefon pintar boleh lipat bukanlah sesuatu yang asing lagi pada hari ini. Jenama-jenama terkemuka pengeluar telefon pintar seperti Samsung, OPPO dan HONOR masing-masing memperkenalkan versi peranti boleh lipat sendiri.

Terkini, Apple dilaporkan akan memperkenalkan iPhone boleh lipat tidak lama lagi, menurut portal Patently Apple. Gambarajah paten yang tertiris menunjukkan kemungkinan rekabentuk sesebuah iPhone yang boleh dilipatkan.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah paten tersebut dikhususkan pada telefon pintar atau boleh jadi ia digunakan untuk tablet, laptop atau apa sahaja peranti mudah alih.

Apple juga mungkin boleh mengetengahkan reka bentuk cengkerang peranti boleh lipatnya yang kelihatan sesuai dengan iPhone. Pun begitu, masih terlalu awal untuk menjangkakan idea tersebut dapat direalisasikan memandangkan Apple mengutamakan keselesaan penggunaan serta ciri mesra pengguna peranti keluarannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.