Utama Mobile Aplikasi JPJ: BJAK tidak diberikan kelulusan Pembaharuan Roadtax secara Online

JPJ: BJAK tidak diberikan kelulusan Pembaharuan Roadtax secara Online

219
0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan berhubung promosi oleh BJAK yang menjanjikan pemberian cukai jalan (road tax) secara percuma melalui perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dalam talian yang ditawarkannya.

Menurut pihak jabatan, sejumlah aduan telah diterima dari orang awam berhubung urusniaga pembaharuan cukai jalan yang dilakukan menerusi platform berkenaan didapati tidak sama dengan tempoh sah cukai jalan milik pengguna.

Di dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan, JPJ menjelaskan pihaknya dan juga Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah memberikan kelulusan kepada BJAK untuk urus niaga pembaharuan cukai jalan. Dakwaan BJAK telah diaudit, disah dan diluluskan oleh JPJ juga tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.\

Pihak jabatan juga menegaskan tiada sebarang integrasi sistem di antara MySikap dengan platform berkenaan. Malah aduan berhubung bayaran tambahan yang dikenakan oleh BJAK untuk pembaharuan cukai jalan juga tidak pernah diluluskan oleh JPJ dan juga MOT.

Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan platform yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kerugian dan segera menghubungi pihak JPJ untuk keterangan lanjut sebelum menggunakannya.

JPJ juga mengingatkan urusniaga pembaharuan cukai jalan perlu hanya dilakukan menerusi laman web rasminya, kaunter-kaunter fizikal, kiosk, kaunter bergerak JPJ, aplikasi mudah alih MyJPJ dan platform yang disahkan seperti Pos Malaysia, MyEG dan Puspakom.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.