Utama Telco Maxis Maxis menawarkan Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 melalui...

Maxis menawarkan Pra-tempahan Samsung Galaxy Z Fold 4, Z Flip 4 melalui Zerolution

743
0
Maxis Zerolution Postpaid 128 Galaxy Z Fold 4 Z Flip 4

Lanjutan dari pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4 di dalam acara Galaxy Unpacked pada Rabu minggu lepas, syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah mula menawarkan pra-tempahan bagi kedua-dua telefon pintar boleh lipat berkenaan. Selain dari Digi dan Celcom, Maxis juga menawarkan promosi pra-tempahannya sendiri.

Untuk anda yang melanggan Maxis Zerolution dengan pelan Postpaid 128 dan ke atas, anda akan turut menerima Galaxy Watch 4 LTE bersama-sama pakej ini. Untuk pelanggan yang memilih Galaxy Z Fold 4, anda juga akan menerima Galaxy Buds Live.

Selain tawaran peranti percuma tersebut, anda juga akan menerima waranti lanjutan selama 1 tahun di bawah program Samsung Care+.Maxis-Zerolution Samsung-Galaxy-Fold4-Flip4 Bundle

Pelanggan peranti Samsung Galaxy Z Fold 4 juga akan menerima aksesori Standing Cover dengan S-Pen, manakala pelanggan Galaxy Z Flip 4 pula akan menerima leather cover.

Berbeza dengan Digi, Maxis tidak menawarkan pilihan kapasiti storan 128GB untuk Samsung Galaxy Z Flip 4. Hanya pilihan storan 256GB dan 512GB sahaja yang disenaraikan.

Seperti biasa, Maxis menawarkan kontrak Zerolution dengan pilihan 36 bulan dan 24 bulan. Turut ditawarkan plihan kontrak 24 bulan biasa yang memerlukan anda membayar pendahuluan bagi telefon boleh lipat Samsung berkenaan.

Tawaran Maxis Zerolution Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4

Maxis-pre-order-Samsung-Galaxy-Fold4-Flip4 biasa

Secara ringkasnya, Maxis Zerolution menawarkan Galaxy Z Fold 4 5G dan Galaxy Z Flip 4 5G seperti berikut:

  • Tawaran Galaxy Z Fold 4 Maxis Zerolution: Dari RM150/bulan, bersama-sama Galaxy Watch4 LTE dan Galaxy Buds Live
  • Tawaran Galaxy Z Flip 4 Maxis Zerolution: Dari RM85/bulan, bersama-sama Galaxy Watch4 LTE

Maklumat lanjut mengenai Maxis Zerolution Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4, kunjungi https://www.maxis.com.my/en/devices/samsung-galaxy/pre-order/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.