Utama Mobile Aplikasi AirAsia Xpress dilancarkan, Perkhidmatan Penghantaran Segera pada hari yang sama

AirAsia Xpress dilancarkan, Perkhidmatan Penghantaran Segera pada hari yang sama

Caj perkhidmatan bermula dari RM4 bagi penghantaran segera dan dalam hari yang sama

577
0

AirAsia baharu sahaja melancarkan fungsi perkhidmatan pelancaran segera yang dikenali sebagai Xpress. Ia diintegrasikan secara terus ke dalam aplikasi serba-serbi Super App AirAsia yang dikuasakan oleh bahagian logistiknya, Teleport.

Awal pelancarannya ini, AirAsia Xpress hanya akan ditawarkan di sekitar Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu. Perkhidmatan ini akan diperluaskan tidak berapa lama lagi ke bandar-bandar utama lain di seluruh negara.

Cita-cita AirAsia dan Teleport sebenarnya lebih besar lagi dan bukan sekadar penghantaran di seluruh Malaysia sahaja. Mengikut perancangannya, perkhidmatan ini akan meliputi penghantaran dalam tempoh 24-jam ke seluruh negara-negara di Asia termasuk Australia. Menariknya, AirAsia juga dijangka akan memperluaskan penghantarannya ke negara-negara Asia Tenggara menjelang suku kedua atau ketiga pada 2022.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini bermula dari hari ini dengan pergi ke ikon Xpress di dalam Super App AirAsia. Caj perkhidmatan dikenakan berdasarkan jarak penghantaran. Pilihan penghantaran segera atau penghantaran hari yang sama turut ditawarkan dengan penghantaran melalui kereta atau motosikal dalam tempoh antara dua hingga enam jam.

Caj penghantaran perkhidmatan AirAsia Xpress bermula dari RM4.00 dan buat masa ini beroperasi di antara jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Bersempena pelancaran perkhidmatan penghantaran baharunya ini, AirAsia juga menawarkan semua penggunanya penghantaran segera percuma dari 23 hingga 25 November ini. Bagaimanapun, tawaran ini hanya dihadkan pada caj penghantaran sehingga RM10 sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.