Utama Mobile Telco 1,000 buah Sekolah di Malaysia termasuk di Luar Bandar akan terima 5G...

1,000 buah Sekolah di Malaysia termasuk di Luar Bandar akan terima 5G menjelang akhir 2022

595
0
5G Di Malaysia

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKomm) Tan Sri Annuar Musa menyatakan 1,000 buah sekolah di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dijangka akan menerima rangkaian 5G menjelang akhir 2022.

Inisiatif ini disasarkan untuk membantu pengurusan sekolah menerusi proses pembelajaran yang lebih baik, serta memanfaatkan pengguna-pengguna di kawasan sekitar sekolah berkenaan.

Menurut laporan oleh Bernama, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sedang menanti kata putus dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) buat masa ini. Perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Digital Nasional Berhad (DNB) juga sudah dibuat dan telah menyatakan komitmen bagi menjayakan pelaksanaan rangkaian 5G di sekolah-sekolah.

Menteri berkenaan turut menyatakan pihak kementeriannya telah memutuskan untuk memilih antara 5 atau 6 buah sekolah untuk mengeuji kapasiti rangkaian 5G berkenaan.

Tidak banyak maklumat yang diketahui setakat ini berkenaan pelaksanaan inisiatif ini kelak. Sebelum ini program 1BestariNet dilaksanakan bagi menyediakan 10,000 buah sekolah dengan rangkaian 4G.

Buat masa ini, YTL Communications melalui Yes 5G menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan rangkaian 5G menerusi DNB. Menurut peta liputan 5G DNB, sebanyak 40% liputan populasi disasarkan dapat menerima rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini meliputi kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.