Utama Perkakasan Samsung Samsung melancarkan DRAM GDDR6 24Gbps untuk GPU Mercu

Samsung melancarkan DRAM GDDR6 24Gbps untuk GPU Mercu

484
0
Samsung-GDDR6-24gbps

Samsung Electronics secara rasminya melancarkan memori grafik GDDR6 baharunya yang berkeupayaan beroperasi pada kelajuan 24Gbps. Cip ini dihasilkan melalui proses pembuatan 10nm generasi ketiga unik Samsung dengan teknologi ultra-lembayung ekstrem (extreme ultraviolet, EUV).

Samsung berhasrat untuk menawarkan cip memori grafik ini digunakan oleh pengeluar GPU dan juga kad grafik seperti NVIDIA, AMD dan Intel. Intel telah memasuki pasaran GPU menerusi siri ARC keluarannya.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Pasukan Perancangan Produk Memori di Samsung Electronics, Daniel Lee, lambakan data yang dipacu oleh AI dan alam meta memerlukan keupayaan grafik lebih tinggi yang mampu memproses set data yang besar secara serentak pada kelajuan yang tinggi. Justeru, beliau berpendapat GDDR6 24Gbps yang pertama ini mampu memenuhi kehendak pasaran.Samsung-GDDR6-24gbps-2022

Dari segi prestasi, Samsung menyatakan memori GDDR6 24Gbps ini mampu menyediakan prestasi 30% lebih pantas berbanding generasi sebelumnya iaitu modul memori GDDR6 18Gbps. Memori grafik baharu ini juga mampu melaksanakan pemindahan data sehingga 1.1TB sesaat.

Selain cip 24Gbps baharu ini, Samsung juga memperkenalkan varian 20Gbps dan 16Gbps bagi cip GDDR6 baharu ini. Selain varian 24Gbps ini disampelkan pada kad grafik mercu, Samsung turut berhasrat untuk menjadikan 20Gbps dan 16Gbps sebagai pilihan berkuasa rendah yang sesuai digunakan untuk laptop.

Kesemua varian cip ini menggunakan teknologi pensuisan voltan dinamik (dynamic voltage switching, DVS) yang membolehkan cip-cip ini melaraskan voltan operasinya berdasarkan keperluan prestasi semasa. Secara teknikalnya, cip baharu ini boleh dioperasikan pada 1.1V, berbanding yang ada di pasaran pada ketika ini pada 1.35V.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.