Utama Teknologi Menteri KKMM bincang dengan Syarikat Telco untuk kadar internet yang lebih murah...

Menteri KKMM bincang dengan Syarikat Telco untuk kadar internet yang lebih murah dan pantas

1011
0

Hal mutu kadar kelajuan internet dan kos langganannya di Malaysia sememangnya menjadi perkara mustahak yang sering kali dibincangkan oleh kebanyakan pengguna internet negara kita. Justeru, tidak menghairankan apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia baru, Encik Gobind Singh Deo telah mensasarkan untuk meningkatkan mutu penggunaan internet di Malaysia sebaik sahaja beliau menjawat portfolio tersebut.

Di dalam sidang media terbaru, beliau telah mendedahkan akan mengadakan pertemuan bersama syarikat-syarikat telco di Malaysia bagi membincangkan isu berkenaan dalam tempoh dua minggu akan datang. Perbincangan tersebut akan menumpukan kepada dua perkara; kelajuan internet meningkat dua kali ganda, harga dikurangkan kepada separuh.

Menurut beliau lagi, pengurangan harga langganan internet di Malaysia ini mungkin bakal memberikan kesan terhadap prestasi kewangan syarikat-syarikat telco yang terlibat. Bagaimanapun, beliau turut menyatakan beberapa langkah pencegahan telah pun digariskan oleh pegawai-pegawai kementerian terbabit bagi mencapai keputusan yang terbaik.

Apapun, kita mendoakan agar segalanya berjalan lancar bagi menjayakan hasrat Malaysia yang inginkan kualiti internet yang lebih baik pada kadar yang lebih berpatutan, sesuai dengan faktor sosioekonomi semasa.

Sumber berita diperoleh dari The Edge Market

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.