Utama Mobile Aplikasi Kedai realme Global di dalam Shopee tidak boleh diakses dan dibekukan

Kedai realme Global di dalam Shopee tidak boleh diakses dan dibekukan

108
0
realme 12 Pro Plus Malaysia
realme 12 Pro Plus

Kedai Shopee rasmi realme Global baru-baru didapati tidak boleh diakses oleh pengguna-pengguna platform jualan dalam talian berkenaan. Buat masa ini, akses ke kedai berkenaan akan dimaklumkan dengan notis ia diharamkan atau dibekukan dari Shopee.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar mengapa kedai rasmi Shopee realme Global ini dikenakan tindakan sedemikian. Pada kebiasaannya, tindakan pengharaman diambil terhadap sesetengah kedai di platform adalah disebabkan oleh pelanggaran syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak realme Malaysia berhubung perkara ini. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak demi kebaikan pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.