Utama Komputer Apakah yang perlu dilakukan bila keyboard laptop tak boleh taip

Apakah yang perlu dilakukan bila keyboard laptop tak boleh taip

16967
22

Papan kekunci atau keyboard laptop anda merupakan bahagian amat penting bagi sesebuah laptop. Apalah maknanya sebuah laptop jika keyboardnya tidak berfungsi. Apabila keyboard laptop anda secara tiba-tiba tidak berfungsi, anda boleh melakukan beberapa cara berikut untuk memulihkannya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menentukan sama ada masalah keyboard laptop tidak berfungsi ini berpunca di peringkat perkakasan atau pada perisiannya.

Semakan Papan Kekunci (Keyboard) Laptop di peringkat Perkakasan

Bagi menentukannya di peringkat perkakasan, anda boleh cuba untuk masuk ke BIOS atau UEFI sistem komputer laptop anda. Pada kebiasaannya, BIOS atau UEFI ini boleh dimasuki melalui kekunci berikut [Delete], [F2], [F8] atau [F12]. Jika laptop anda tidak pergi ke BIOS atau UEFI dan terus memasuki Windows, boleh jadi anda tersilap tekan kekunci atau perkakasan keyboard laptop anda yang mengalami kerosakan.

Imej dari PCPart

Jika anda benar-benar pasti kekunci yang anda masukkan untuk ke BIOS atau UEFI itu betul, kemungkinan laptop anda mempunyai isu pada perkakasannya. Masalah ini mungkin disebabkan oleh masalah pada kabel penyambungan di antara keyboard dan papan induk (motherboard) menjadi longgar.

Pengguna yang tidak yakin untuk membuka sendiri kerangka laptop untuk membetulkan kabel penyambung keyboard tersebut, anda mungkin memerlukan khidmat juruteknik untuk memeriksanya. Jika anda yakin mampu melakukannya (dan berani tanggung risiko kerosakan lain) anda boleh membuka kerangka laptop dan lihat pada kabel penyambungan tersebut sama ada ianya bersambungan, longgar atau rosak. Kalau rosak, anda perlu menggantikannya dengan kabel penyambungan yang baru. Setakat longgar atau tertanggal, anda boleh cuba untuk membetulkannya.

Masalah driver keyboard laptop tidak berfungsi

Jika komputer laptop anda boleh memasuki ke BIOS atau UEFI dan boleh digunakan di dalamnya, kemungkinan besar keyboard laptop anda mengalami masalah pada drivernya di dalam Windows.

(Nota: Anda mungkin memerlukan external keyboard bagi membolehkan anda log masuk ke dalam Windows anda yang dikunci dengan password)

Reinstall Driver Keyboard

Pergi ke Device Manager (klik butang Start, taipkan “device manager”), kemudian skrol ke bawah dan klik ‘Keyboards’. Jika terdapat ikon tanda seruan pada keyboard laptop default anda (contohnya di dalam ini dinamakan sebagai Standard PS/2 Keyboard), kemungkinan besar Windows mengesan terdapat masalah pada keyboard laptop anda. Klik kanan pada nama keyboard berkenaan dan klik pada “Uninstall Device”. Restart laptop anda seterusnya.

Driver keyboard anda sepatutnya diinstall secara automatik sebaik sahaja laptop dihidupkan dan boleh digunakan seperti biasa.

Menyahpasang (uninstall) driver keyboard-keyboard lain

Kadangkala driver-driver dari keyboard lain yang dipasang komputer anda boleh mengganggu dan menyebabkan keyboard pada laptop anda tidak berfungsi (disabled). Anda boleh membuang mana-mana driver keyboard yang lain anda bagi membolehkan driver keyboard laptop anda berfungsi semula.

Caranya adalah sama seperti tadi dengan melakukannya melalui Device Manager. Contohnya anda boleh uninstall driver keyboard yang menggunakan nama HID Keyboard Device. Cuma anda perlu berhati-hati untuk uninstall HID Keyboard Device ini kerana kadangkala, tetikus yang disambungkan pada laptop juga menggunakan nama yang sama. Jika anda tersilap menyahpasang tetikus anda, anda hanya perlu menanggal dan memasang kembali tetikus ke laptop anda selepas laptop anda restart.

Kesimpulan

Panduan ini mungkin berguna untuk pengguna-pengguna yang mengalami masalah keyboard laptop yang tidak berfungsi dan jika masalah anda masih lagi tidak dapat diselesaikan dengan cara di atas, maklumkan kepada kami melalui ruangan komentar di bawah.

22 KOMEN

    • Berkemungkinan kabel penyambung antara papan kekunci dan papan induk bermasalah atau panel papan kekunci berkenaan bermasalah akibat habuk, terkena air dan sebagainya.

      Langkah pembaikan mungkin perlu mendapatkan khidmat servis baik pulih laptop kerana tidak mudah sebenarnya untuk membuka dan memasang laptop oleh pengguna sendiri.

  1. tumpang tanya berkenaan ssd, tuan jika kita tukar ssd adakah keypad akan berlaku kerosakan. sebagai contohnya laptop saya baru tukar ssd tuba tiba keypad rosak sedangkan sebelum ini saya guna masih dalam keadaan baik.

    • Sepatutnya keypad tidak akan rosak selepas penukaran SSD dilakukan. Cuba periksa kabel penyambungan antara keyboard laptop dgn papan induk.

  2. Hi admin. Semalam air tertumpah pada laptop saya ketika laptop masih running or hidup.
    Saya telah mgambil langkah awal mencabut bateri,mengelap dan menterbalikan laptop untuk tujuan pengeringan.
    Hari ini saya try on, laptop boleh berfungsi seperti biasa tetapi keybord tak boleh nak berfungsi sepenuhnya. Hanya kekunci “axcvbnm” sahaja boleh digunakan.
    Apa yang saya blh lakukan untuk menyelamatkan keybord sy dari kerosakan? Nak cari replace susah . Oldschool product. Saya harap sangat keyboard ni masih boleh digunakan dan berfungsi seperti biasa.

    Bantu saya admin. Terima kasih.

  3. Mungkin ada beberapa bahagian pada kekunci laptop berkenaan tidak kering sepenuhnya. Dibimbangi beberapa bahagian penyambungan pada kekunci tersebut terkesan dari tumpahan air. Jika keadaan masih lagi sama walaupun sudah benar-benar dipastikan kering, puan mungkin perlu membawanya ke pusat servis.

    • Berkemungkinan keyboard laptop berkenaan mempunyai kerosakan fizikal pada kabel penyambungan ke motherboard. Perlu diteliti pada bahagian penyambungan dengan membuka casingnya dan ianya memerlukan kepakaran khusus untuk membukanya.

      Jika tidak yakin untuk melakukannya sendiri, mungkin perlu dibawa ke kedai membaiki laptop yang diyakini.

  4. assalamualikum.. saya menggunakan laptop asus. Masalah saya bila saya taip di words atau excell contoh saya tekan huruf a, huruf tersebut akan bergerak sendiri di screen tanpa saya tekan hinggalah berpage tanpa henti. apa yang perlu saya buat. saya juga telah mengguna external keyboard tetapi masalah yang sama masih berlaku.

  5. Sy baru beli keyboard replacement utk tukar keyboard yg tak berfungsi langsung..tapi keyboard baru ni jgk tidak berfungsi..adakah masalah di motherboard?

  6. Hai saya nak tanya laptop saya hanya button /// sahaja yang keluar..saya cuba buat seperti yang telah disuruh tapi tetap benda yang sama keluar..saya cuba sbungkan keyboard usb pun tetap sama..macam mana saya mahu buat supaya laptop saya hanya menggunakan keyboard usb dan bukan keyboard laptop tu sendiri ya..terima kasih..

    • Ada banyak sebab yang membawa kemungkinan kepada masalah ini berlaku. Antaranya:

    • butang fizikal berkenaan pernah ‘shot’ (pernah ada air tumpah? ada kotoran? etc)
    • ralat pada driver
    • kabel longgar
    • Berdasarkan maklumat yang telah dikongsikan tersebut, mungkin boleh jadi terdapat ralat pada driver yang digunakan dan mungkin boleh cuba dengan mengemaskini driver PC tersebut. Wallahualam.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.