Utama Android Samsung Samsung Galaxy S24 FE dilaporkan muncul di Internet dengan Empat Nombor Model

Samsung Galaxy S24 FE dilaporkan muncul di Internet dengan Empat Nombor Model

440
0
Gambar Hiasan - Samsung Galaxy S23 FE

Siri Galaxy S24 telah dilancarkan pada awal tahun ini dengan model kebiasaannya iaitu standard, Plus dan Ultra. Terdapat juga ura-ura mengenai kehadiran model FE dan baru-baru ini terdapat maklumat yang mengaitkan dengan model tersebut.

Satu laporan mendakwa Samsung Galaxy S24 FE akan hadir dengan empat nombor model yang mewakili kehadirannya ke tiga buah rantau yang berlainan. Laporan dari Android Headlines tersebut menyatakan ia hadir daripada senarai yang tidak dapat dikenalpasti sumbernya.

Nombor-nombor model yang dinyatakan tersebut meliputi SM-S721B, SM-S721U, SM-S721W dan SM-S721N yang masing-masing mewakili pasaran global, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Kanada.

Generasi telefon pintar Samsung pada kali ini menyaksikan kembalinya pemprosesan buatan Samsung sendiri, Exynos. Oleh itu, terdapat kemungkinan model yang hadir ke pasaran Malaysia kelak merupakan pemprosesan keluaran Samsung berkenaan, sama seperti Galaxy S23 FE pada tahun lepas.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan bilakah Samsung Galaxy S24 FE akan diumumkan secara rasminya. Terdapat ura-ura yang menjangkakan ia akan hadir pada 10 Julai ini bersama-sama siri telefon pintar boleh lipat baharu keluaran Samsung pada tahun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.