Harga internet di Malaysia sebelum ini pernah diumumkan pada Mac lalu akan turun tidak lama lagi. Setakat ini harga langganan tidak jauh bezanya seperti sebelum pengumuman tersebut dibuat.
Kini, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah mengulangi sekali lagi kenyataan yang sama. Cuma untuk kali ini beliau menyatakan perkara tersebut dijangka akan berlaku pada September 2023.
Bernama melaporkan beliau menyatakan penurunan harga ini disebabkan oleh jualan pukal terkini pada bulan Mac lalu. Rentetan dari itu, beliau kini sedang memuktamadkan perjanjian akses dengan sejumlah syarikat dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Harga Internet dijangka lebih murah menjelang Sept ini – @fahmi_fadzil pic.twitter.com/Ss36QY9bnV
— BERNAMA (@bernamadotcom) July 31, 2023
Proses ini dijangka selesai menjelang September 2023 dan akan menurunkan harga pelan internet untuk orang ramai.
Penurunan harga langganan internet pastinya disambut baik oleh majoriti pengguna di Malaysia selain membantu pihak kerajaan memberikan lebih tumpuan di dalam pertumbuhan ekonomi digital.