Utama Komputer AMD Intel dilapor akan turunkan harga CPU desktop antara 10 hingga 15 peratus

Intel dilapor akan turunkan harga CPU desktop antara 10 hingga 15 peratus

656
0

Pemprosesan AMD Generasi Ketiga Ryzen bakal memasuki pasaran tidak beberapa lama lagi dan Intel sepatutnya sudah memulakan langkahnya untuk menyahut cabaran dari pesaing utamanya tersebut. Menurut pelbagai sumber yang dipetik oleh portal DigiTimes, Intel merancang untuk mengurangkan harga CPU desktopnya sehingga 15% sebagai salah satu usaha memberikan saingan terhadap AMD.

Pengurangan tersebut dijangkakan sekitar di antara US$ 25 (bersamaan lebih kurang RM103) dan US$ 75 (bersamaan lebih kurang RM310) dari harga semasa CPU-CPU kegunaan umumnya di pasaran. Jika maklumat berkenaan adalah sahih, berkemungkinan pemprosesan-pemprosesan seperti Core i9-9900K dan Core i7-9700K bakal menerima potongan harga tersebut.

Sungguhpun hal ini pastinya memberikan khabar gembira buat pengguna-pengguna komputer desktop, pengguna di Malaysia mungkin tidak boleh bersorak terlalu awal. Hal ini disebabkan walaupun harga bagi CPU di negara-negara lain menurut, harganya di Malaysia mungkin masih lagi kekal dengan harga sebelum pemotongan disebabkan oleh faktor kawalan harga pasaran perkakasan komputer di Malaysia yang agak berbeza.

Intel setakat ini masih lagi belum mengumumkan tarikh pelaksanaan potongan harga berkenaan. Memandangkan CPU AMD Ryzen Generasi ke-3 bakal dilancarkan 7 Julai ini, Intel seharusnya memberi tindak balas segera untuk kekal bersaing di dalam ‘perang CPU’ ini.

Sumber berita diperoleh dari DigiTimes

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.