Utama Teknologi Syarikat Telekomunikasi China diarahkan Henti Penggunaan Cip Intel, AMD

Syarikat Telekomunikasi China diarahkan Henti Penggunaan Cip Intel, AMD

67
0
Illustrasi contoh pemprosesan

Pihak berkuasa China telah mula mengambil langkah mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal pemprosesan dari Amerika Syarikat seperti Intel dan AMD, menurut laporan daripada The Wall Street Journal (WSJ). Langkah ini dilihat seperti tindak balas daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membuat tindakan yang sama terhadap pengeluar dari China.

Menurut laporan daripada WSJ, Kementerian Teknologi Industri dan Maklumat China pada awal tahun ini telah mengarahkan pengendali rangkaian telekomunikasi China seperti China Mobile dan China Telecom menghentikan penggunaan pemprosesan buatan luar negara secara berperingkat.

Bagaimanapun, pihak yang terlibat di dalam perkara ini baik dari pihak penggubal undang-undang China mahupun syarikat-syarikat AS dan China enggan mengulas lanjut pertanyaan oleh pihak WSJ.

Laporan berkenaan juga menyatakan Intel dan AMD akan paling terkesan dari arahan tersebut kerana China menyumbang kepada 15% keuntungan AMD dan 27% keuntungan Intel pada tahun lepas.

Perkembangan ini merupakan sesuatu yang tidak mengejutkan mengambil kira tindakan kerajaan AS terhadap China dan pembekal peralatannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Huawei merupakan antara yang terkesan apabila dihalang dari mendapatkan pemprosesan dari pasaran dunia.

Kedua-dua pihak kini sedang membangunkan teknologi pemprosesan dengan melakukan sejumlah pelaburan besar-besaran di dalam negara masing-masing. Pentadbiran Biden baru-baru ini dlaporkan sedang merancang untuk menyalurkan dana sejumlah $6 billion untuk membolehkan Samsung mengembangkan keupayaan pembuatan pemprosesan di Texas, Amerika Syarikat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.