Utama Komputer AMD China mengharamkan Cip Intel dan AMD dari Sistem Kerajaan

China mengharamkan Cip Intel dan AMD dari Sistem Kerajaan

295
0

China baru-baru ini telah menerbitkan garis panduan baharu yang mengharamkan penggunaan pemprosesan dari jenama Amerika Syarikat (AS), Intel dan AMD dari digunakan di dalam komputer dan pelayan kerajaan. Bukan itu sahaja, peraturan baharu ini juga menghalang Microsoft Windows dan produk-produk pangkalan data bukan dari China lain dari digunakan.

Menurut laporan dari Financial Times (FT), garis panduan baharu China ini mengarahkan agensi-agensi kerajaannya perlu menggunakan produk-produk tempatan yang lebih “selamat dan dipercayai”. Sebanyak 18 produk alternatif buatan China yang diluluskan sebagai pengganti seperti pemprosesan dari jenama Huawei dan Phytium. Kedua-dua produk berkenaan sebelum ini telah diharamkan di AS pada tahun 2019 atas dakwaan mengintip dan ancaman keselamatan siber.

Tindakan baharu dari China ini kelihatan jelas sebagai satu tindak balas terhadap AS yang meneruskan sekatan perdagangan. Sehingga kini, AS telah mengharamkan sebilangan syarikat China dan produk-produknya dari digunakan di dalam infrastruktur kerajaannya. AS juga menghalang NVIDIA dari menjual produk-produknya termasuk berkaitan kecerdasaan buatan ke China.

Selain AS, sekutu-sekutu rapat AS seperti Jepun dan Belanda juga bersetuju memperketatkan undang-undang eksport barangan pembuatan pemprosesan seperti mesin litografi ke China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.