Utama Apple Yes 5G menawarkan siri iPhone 15 pada harga bermula dari RM21 sebulan

Yes 5G menawarkan siri iPhone 15 pada harga bermula dari RM21 sebulan

148
0
Yes 5G iPhone 15

Yes 5G telah mengumumkan penawaran keempat-empat model siri iPhone 15 dan ia merupakan kali pertama syarikat telekomunikasi ini menaawarkan iPhone ke dalam pelan datanya.

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Yes 5G menyatakan siri iPhone 15 akan ditawarkan pada harga bermula dari RM21 sebulan. Manakala untuk iPhone 15 Pro pula ditawarkan pada harga ansuran bermula dari RM51 sebulan.

Tidak dapat dipastikan pelan data yang akan ditawarkan bersama-sama pelan pemilikan iPhone tersebut pada harga berkenaan. Dijangkakan ia akan ditawarkan bersama-sama pelan langganan pascabayar Infinite dengan kontrak.Yes 5G iPhone 15 Pro

Buat masa ini Yes 5G juga belum mengumumkan pra-tempahan untuk siri iPhone 15 ini seperti yang dilakukan oleh CelcomDigi, U Mobile dan Maxis.

Pun begitu, anda yang ingin memiliki iPhone 15 dengan Yes 5G boleh membuat pendaftaran minat di laman web rasminya. Terdahulu, Apple telah mengesahkan siri iPhone 15 akan menemui pengguna di Malaysia bermula dari 29 September 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.