Utama Apple Maxis, U Mobile, CelcomDigi umumkan Pelan Pra-tempahan iPhone 15 masing-masing

Maxis, U Mobile, CelcomDigi umumkan Pelan Pra-tempahan iPhone 15 masing-masing

377
0

Apple secara rasminya telah mengumumkan siri iPhone 15 baharunya pada minggu lepas dengan pra-tempahan telah pun bermula sejak Jumaat minggu ini dan mula menemui pengguna di Malaysia pada Oktober ini.

Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan seperti Maxis, U Mobile dan CelcomDigi juga telah mula mengumumkan pelan pra-tempahan masing-masing.

Maxis

Penawaran iPhone 15 oleh Maxis ditawarkan melalui pelan ansuran Zerolution dengan pilihan kontrak 24 bulan atau 36 bulan. Harga ansuran iPhone 15 bergantung dengna pelan langganan talian yang diambil. Misalnya, jika anda melanggan pelan Postpaid 199, harga peranti menerusi syarikat telekomunikasi ini adalah seperti berikut:

  • iPhone 15
    • 128GB – RM91/bulan (36-Bulan) | RM146/bulan (24-Bulan)
    • 256GB – RM103/bulan (36-Bulan) | RM165/bulan (24-Bulan)
    • 512GB – RM129/bulan (36-Bulan) | RM203/bulan (24-Bulan)
  • iPhone 15 Plus
    • 128GB – RM103/bulan (36-Bulan) | RM165/bulan (24-Bulan)
    • 256GB – RM116/bulan (36-Bulan) | RM184/bulan (24-Bulan)
    • 512GB – RM141/bulan (36-Bulan) | RM222/bulan (24-Bulan)
  • iPhone 15 Pro
    • 128GB – RM118/bulan (36-Bulan) | RM188/bulan (24-Bulan)
    • 256GB – RM131/bulan (36-Bulan) | RM207/bulan (24-Bulan)
    • 512GB – RM156/bulan (36-Bulan) | RM245/bulan (24-Bulan)
    • 1TB – RM182/bulan (36-Bulan) | RM283/bulan (24-Bulan)
  • iPhone 15 Pro Max
    • 256GB – RM144/bulan (36-Bulan) | RM226/bulan (24-Bulan)
    • 512GB – RM169/bulan (36-Bulan) | RM264/bulan (24-Bulan)
    • 1TB – RM194/bulan (36-Bulan) | RM302/bulan (24-Bulan)

Anda juga boleh mendapatkan iPhone 15 melalui Maxis dengan kontrak biasa 24 bulan dengan harga bermula dari RM2,566. Untuk model Plus, harganya bermula dari RM3,021. Untuk model-model Pro pula harganya bermula dari RM3,566 dan RM4,475 masing-masing untuk model Pro dan Pro Max.

Digi

Penggabungan CelcomDigi telah membawa kepada penawaran pada harga yang sama untuk pelan pemilikan iPhone 15 melalui Digi. Seperti biasa, ansuran bulan untuk iPhone 15 tidak dicampurkan sekali dengan harga langganan pelan telekomunikasi masing-masing.

Untuk itu, anda perlu mengambil kira harga langganan dan juga harga ansuran iPhone berkenaan sebelum membuat pra-tempahan.

U Mobile

Penawaran pemilikan iPhone 15 oleh U Mobile kesemuanya melalui pelan U Postpaid 98 yang menawarkan data 1TB setiap bulan. Anda yang berminat untuk mendapatkan iPhone dari U Mobile ini boleh memilih sama ada melalui kontrak U SaveMore atau dengan U PayLater yang kedua-duanya hadir dengan kontrak selama 24 bulan.

U SaveMore menawarkan pemilikan iPhone 15 sebaik kontrak tersebut bermula. Manakala U PayLater pula memerlukan anda membuat pembayaran ansuran iPhone 15 bersama-sama bil bulanan anda.

Berikut adalah kadar ansuran iPhone 15 melalui U Mobile tanpa dicampur dengan bil bulanan pelan pascabayar RM98:

  • iPhone 15
    • 128GB – RM3,199 atau RM156/bulan
    • 256GB – RM3,699 atau RM175/bulan
    • 512GB – RM4,599 atau RM213/bulan
  • iPhone 15 Plus
    • 128GB – RM3,699 atau RM175/bulan
    • 256GB – RM4,199 atau RM194/bulan
    • 512GB – RM4,999 atau RM232/bulan
  • iPhone 15 Pro
    • 128GB – RM4,299 atau RM198/bulan
    • 256GB – RM4,739 atau RM217/bulan
    • 512GB – RM5,599 atau RM255/bulan
    • 1TB – RM6,499 atau RM293/bulan
  • iPhone 15 Pro Max
    • 256GB – RM5,199 atau RM236/bulan
    • 512GB – RM5,999 atau RM274/bulan
    • 1TB – RM6,999 atau RM312/bulan

Celcom

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, Celcom menawarkan harga iPhone 15 yang sama seperti yang ditawarkan oleh Digi. Beza yang apling ketara adalah pada pelan yang lebih tinggi melalui MEGA 188 dengan harga penawarannya yang tersendiri.

Selain dari syarikat-syarikat telekomunikasi yang dinyatakan di atas, Yes 5G juga mengumumkan penawaran pemilikan iPhone 15 khusus untuk pelanggannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.