Utama Telco YTL Yes 5G kini menawarkan sokongan eSIM

Yes 5G kini menawarkan sokongan eSIM

57
0
eSIM Yes 5G

Yes 5G telah mengumumkan penambahan sokongan untuk “SIM terbenam” atau maksudnya, “embedded” SIM (eSIM) kepada pelanggannya. Ini bermakna, pengguna dengan telefon pintar yang menyokong ciri tersebut boleh menukar atau menambah talian Yes tanpa perlu memasukkan kad SIM fizikal.

Kebanyakan syarikat telekomunikasi utama di Malaysia seperti Maxis, CelcomDigi, dan U Mobile telah pun menawarkan eSIM. Hanya Unifi Mobile dari TM sahaja yang ketinggalan untuk penawaran ini. Malah Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) seperti Yoodo, Tune Talk dan XOX juga telah pun menawarkan sokongan eSIM.

Buat masa ini eSIM Yes hanya menyokong sebilangan kecil peranti Android dari lima pengeluar, iaitu Samsung, HONOR, OPPO, Xiaomi dan Vivo. Syarikat telekomunikasi ini juga tidak menyatakan bilakah sokongan untuk iPhone akan ditawarkan.Cara Tukar eSIM Yes 5G

Anda yang berhasrat untuk mendapatkan eSIM ini boleh melakukannya menerusi laman web Yes, aplikasi MyYes dan juga kedai-kedai fizikal Yes. Untuk pelanggan sedia ada, anda boleh memilih untuk menukar SIM fizikal sedia ada kepada eSIM menerusi aplikasi MyYes.

SUMBERYes [Facebook]
Artikel sebelum iniKKD bincang potensi kolaborasi dengan Samsung untuk peranti 5G harga mampu milik
Artikel seterusnyaDigital Ninja #GirlsInTech asah Pelapis Muda menjadi Pemimpin Teknologi masa depan Negara
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.