Utama Teknologi Digital Ninja #GirlsInTech asah Pelapis Muda menjadi Pemimpin Teknologi masa depan Negara

Digital Ninja #GirlsInTech asah Pelapis Muda menjadi Pemimpin Teknologi masa depan Negara

195
0

KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2023 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching merasmikan program Digital Ninja #GirlsInTech sempena sambutan International Girls in ICT Day 2023 hari ini.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertujuan memberi inspirasi serta memupuk minat khususnya pelajar perempuan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program ini disertai oleh para pelajar yang berjaya dalam beberapa siri pertandingan sebelum ini yang dijalankan dengan kerjasama sektor swasta dan universiti tempatan. Mereka juga berpeluang mengikuti latihan kemahiran digital khas, kem latihan kepimpinan dan latihan industri, di samping menerima bimbingan untuk memohon biasiswa serta mendapat tempat di pusat pengajian tinggi.

Peserta turut diberi pendedahan tentang kemahiran teknologi dan digital, insaniah dan keusahawanan daripada pakar industri serta berpeluang membina rangkaian bersama ikon wanita dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Program yang berlangsung pada 7 dan 8 September 2023 ini membawa para peserta menaiki koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) disewa khas dari Stesen KTM Kuala Lumpur ke Stesen KTM Batu Gajah, Perak, seterusnya ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar.

Turut hadir dalam majlis perasmian dan bersama-sama peserta program menaiki koc kereta api ialah Ketua Setiausaha KKD, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa dan Pengerusi MDEC, YB Tuan Syed Ibrahim Syed Noh.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.