Utama Mobile Android ‘Windows 11’ dijangka akan membawakan aplikasi Android ke Microsoft Store

‘Windows 11’ dijangka akan membawakan aplikasi Android ke Microsoft Store

144
0

Microsoft dijadualkan akan mengumumkan Windows generasi berikutnya secara rasmi menerusi sebuah acara yang akan dilangsungkan pada 24 Jun ini. Dalam pada masa yang sama, portal MSPoweruser mengatakan Microsoft sedang mengusahakan emulator Android secara natif untuk Windows.

Ini berdasarkan entri di dalam log perubahan untuk Subsistem Windows terkini untuk terbitan Linux. Log tersebut menyatakan secara spesifik mengenai Android iaitu:

  • fix android emulator window is not movable when no frame.
  • fix android emulator window doesn’t move and crash at minimizing.

Subsistem Windows untuk Linux direka bagi kegunaan pembangun dan lebih kurang sebagai asas untuk membawakan aplikasi natif Android ke Windows dan Microsoft Store.

Pada hujung 2020 lalu, terdapat desas-desus yang mengatakan Microsoft sedang bekerjasama dengan pembangun untuk tujuan tersebut melalui sebuah projek yang dikenali sebagai “Latte”.

Bagaimanapun, memandangkan kebanyakan aplikasi Android bergantung pada Google Play Services, skop pengoperasian aplikasi Android pastinya terhad. Namun, berdasarkan entri di dalam log perubahan yang dinyatakan tadi, perkara ini mungkin mampu direalisasikan.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.