Lanjutan laporan dari Bloomberg yang memperincikan hala tuju iPad yang akan datang, Jon Prosser telah berkongsikan imej pengolokan rekaan baharu iPad mini nanti.
Beliau berkata, iPad mini generasi keenam akan menampilkan ukuran casis yang hampir sama dengan iPad mini generasi kelima. Bagaimanapun, rekaan tersebut akan mengalami perubahan radikal dengan ketiadaan butang ‘home’ bagi menggantikannya dengan butang kuasa Touch ID.
Selain itu, ianya turut didatangkan dengan paparan yang lebih besar melalui bingkai yang lebih nipis, serta menggantikan penggunaan port Lightning dengan USB-C.
iPad mini buat masa ini mempunyai paparan berukuran 7.9-inci. Berdasarkan imej pengolokan yang dikongsikan serta maklumat awal yang diberikan, iPad mini yang akan datang nanti mempunyai paparan yang lebih besar melalui bingkai yang nipis walaupun mempunyai ukuran casis yang sama.
Sama seperti iPad Pro dan iPad Air, iPad mini baharu nanti mempunyai sisi rata dengan kemasan berlogam. Ianya juga dikatakan akan menggunakan cip A14 yang sama seperti iPad Air dan bagi model selular ianya akan menyokong 5G.
As Gurman first reported: yes, the home button has been removed in favor of a larger screen fitting inside nearly the same footprint as the previous iPad mini. In fact, I’ve been told that there’s only a 3mm difference between the footprint of this new iPad mini, and the last. iPad mini 6 sits at 206.3mm x 137.8mm x 6.1mm
Prosser turut menyatakan iPad mini akan ditawarkan dalam pilihan warna perak, hitam dan emas. Juga aksesori pilihan dalam bentuk Apple Pencil yang lebih kecil akan ditawarkan bersama-sama kehadiran tablet dari Apple ini. Bloomberg mengatakan iPad mini baharu ini akan dilancarkan sebelum akhir tahun ini.