WhatsApp baru-baru ini telah memperkenalkan perubahan terbaru untuk paparan imej dan video di dalam untaian mesej. Sungguhpun kelihatan kecil, perubahan terbaru ini memudahkan pengguna melihat imej sepenuhnya.
Pengguna WhatsApp For Bussiness juga dapat memanfaatkan sepenuhnya mesej ini dalam meningkatkan mutu penyampaian kepada pelanggan masing-masing.
Seperti yang dapat kita lihat, paparan imej baharu ini akan menunjukkan visual yang lebih jelas supaya konteksnya lebih mudah difahami.
Photos and videos in WhatsApp are now even bigger, so no one will be left out of the picture! That’s the perfect reason to smile 😄 pic.twitter.com/2lzG5jLTKz
— WhatsApp (@WhatsApp) April 30, 2021
Paparan sebelum ini yang imejnya sudah dikerat memungkinkan sesetengah pengguna mengabaikan imej tersebut walaupun terdapat kemungkinan ianya boleh menarik perhatiannya.
Oleh itu, penyedia kandungan yang ingin berkongsikan imej boleh menumpukan perhatian terhadap bagaimana visual mereka dapat disampaikan tanpa perlu memikirkan ianya akan dikerat di dalam platform.
Kemaskini terbaru WhatsApp ini sudah mula diterbitkan menerusi versi terkininya sejak semalam.