Utama Teknologi Pendaftaran Vaksin AstraZeneca secara sukarela dibuka bermula esok, 2 Mei

Pendaftaran Vaksin AstraZeneca secara sukarela dibuka bermula esok, 2 Mei

244
0

Bagi anda yang berhasrat ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca, anda boleh mendaftar untuk mendapatkannya secara sukarela bermula esok, Ahad 2 Mei 2021 jam 12 tengahari.

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, orang ramai yang berminat dikehendaki mendaftar dan memilih pusat pemvaksinan khas bersama-sama tarikhnya.

Pendaftaran mendapatkan suntikan vakzin AstraZeneca (AZ) ini dibuka kepada 268,000 orang, berdasarkan ‘siapa-cepat-dia-dapat’. Dibuka hanya kepada warga Kuala Lumpur dan Selangor buat masa ini, orang ramai boleh mendaftar di laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Program ini akan dilanjutkan ke negeri-negeri lain di masa akan datang bergantung kepada bekalan yang diterima dari AstraZeneca. Tambah menteri berkenaan lagi, temujanji yang pertama akan bermula pada Rabu ini, 5 Mei. Penerima vaksin ini juga tidak terhad kepada sesiapa yang layak di dalam Fasa Kedua Program Pemvaksinan COVID-19 Kebangsaan.

Sukarelawan yang memohon perlu memahami tentang vaksin berkenaan dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menerima dos suntikan. Tempoh agihan vaksin adalah selama 12 minggu seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Seramai 1,409,215 individu telah menerima suntikan vaksin COVID-19 dibawah Program Pemvaksinan COVID-19 Kebangsaan. Malaysia buat masa ini telah menerima sejumlah 268,000 dos vaksin AstraZeneca. Kelompok pertama vaksin jenis ini telah pun tiba ke Malaysia pada minggu lepas.

SUMBERAwani
Artikel sebelum iniUlasan Samsung Galaxy S21 5G; Kamera versatil dengan imej Fantastik
Artikel seterusnyaWhatsApp kini paparkan imej penuh di dalam untaian mesej
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.