Utama Telco Starlink UiTM terima 10 kit satelit Starlink

UiTM terima 10 kit satelit Starlink

398
0

Minggu lepas, kerajaan Malaysia telah membuat tempahan sebanyak 40 unit kit jalur lebar satelit Starlink. Pihak SKMM juga telah memberikan kelulusan perkhidmatan jalur lebar satelit berkenaan di Malaysia.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah mengumumkan 10 unit kit Starlink akan diserahkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi menyelesaikan masalah internet mereka.

Menurut laporan dari Bernama, Fahmi Fadzil berkata, “Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebut tentang penyelesaian Internet dengan menggunakan Starlink, saya percaya bagi UiTM, ada beberapa kampusnya yang mungkin boleh memanfaatkan penggunaan peranti ini terutama di Kuala Pilah, Perak, Tawau dan Sarawak.

“Saya harap dalam minggu ini, kita akan terima sekurang-kurangnya 10 unit Starlink dan saya akan bincang dengan Pejabat Perdana Menteri untuk proses penyerahan,”Anwar Ibrahim Meeting Zoom Elon Musk

Starlink menawarkan kelajuan sehingga 220Mbps pada harga yang tinggi

Starlink merupakan perkhidmatan jalur lebar satelit di bawah SpaceX yang menggunakan gugusan satelit-satelit berorbit rendah (Low Earth Orbit, LEO).

Berbeza dengan satelit geopegun yang mempunyai ping purata 500ms atas sebab jaraknya yang jauh dari Bumi, Starlink mampu menyediakan kadar kelewahan (ping) yang rendah menyamai rangkaian 4G.

Info dari Starlink

Menurut Starlink, penyelesaian jalur lebar satelit tetap standard menawarkan kelajuan muat turun sekitar 25-100Mbps dengan kelewahan sekitar 25-60ms. Untuk pelan perkhidmatan priority pula, kelajuannya dijangkakan sekitar 40-220Mbps.

Perkhidmatan jalur lebar internet satelit pada kebiasaannya dipasang di kawasan yang sukar untuk disediakan akses 4G atau jalur lebar fiber seperti di kawasan luar bandar. Dari segi kualiti dan lebar jalurnya, ia tidak sebaik yang ditawarkan oleh jalur lebar fiber talian tetap.

Starlink juga mempunyai Polisi Penggunaan Saksamanya (Fair Usage Policy, FUP). Atas sebab itu menjadikan jalur lebar satelit lebih mahal serta tidak mampu menawarkan prestasi lebar jalur tanpa had seperti talian fiber.

Walaupun sudah menerima lesen Pembekal Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian (Network Facility and Service Provider, NFP/NSP), laman web Starlink masih lagi menyatakan perkhidmatannya akan datang ke Malaysia pada suku kedua 2023. Harganya untuk pasaran Malaysia juga tidak diketahui setakat ini.

Sebagai perbandingan, Starlink di Filipina berharga PHP2,700 (~RM226) sebulan dan piring dan router WiFi Starlink pula berharga sekitar PHP19,999 (~RM1,675).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.