HONOR 90 merupakan telefon pintar peringkat menengah yang turut menawarkan beberapa ciri yang biasa terdapat pada telefon pintar mercu. Antaranya paparan skrin yang cantik, kamera yang padu, prestasi yang mantap serta sokongan pengecasan pantas.
Isi Kandungan
Kelebihan dan Kekurangan HONOR 90
Sekali pandang, HONOR 90 yang baharu dilancarkan ini kelihatan mirip dengan HONOR 70. Namun, di dalamnya sarat dengan pelbagai penambahbaikan yang menjadikannya antara pilihan terbaik di kalangan telefon pintar peringkat menengah Android.
Kelebihan HONOR 90 |
Kekurangan HONOR 90 |
|
|
Spesifikasi HONOR 90 5G
- Skrin: OLED 6.7-inci, 120Hz
- Pemprosesan: Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition
- RAM: 12GB
- Storan: 256/512GB storage
- Kamera:
- Kamera utama: 200MP, f/1.9
- Kamera ultra-lebar: 12MP
- Kamera berkedalaman: 2MP
- Kamera hadapan: 50MP, f/2.4
- Bateri: 5000mAh
- Pengecasan: Berwayar – 66W
- Sistem operasi: Android 13 melalui antaramuka MagicOS 7.1
Reka bentuk luaran
Warna permukaannya juga unik melalui kemasan matte bergemerlapan. Untuk ulasan kali ini, unit yang kami terima berwarna Emerald Green yang boleh bertukar warna dari hijau kepada biru dan juga kelabu mengikut keadaan persekitaran pencahayaannya. Selain Emerald Green HONOR 90 juga ditawarkan dengan pilihan warna Peacock Blue dan Diamond Silver.
Tumpuan utama pada telefon pintar ini pastinya pada skrinnya yang cantik melalui paparan AMOLED 6.7-inci Quad Curved Floating Display dengan 435 PPI. Ia boleh ditingkatkan kecerahannya sehingga 1,600 nits dan tiada sebarang masalah untuk melihatnya walau di bawah terik sinar mentari khatulistiwa seperti yang biasa kita alami di Malaysia ini.
Telefon pintar ini juga merupakan yang pertama di dalam industri yang menggunakan teknologi pemalapan PWM berfrekuensi ultra tinggi 3,840Hz yang turut menerima persijilan bebas kerdipan (flicker free) TÜV Rheinland.
Selain itu, HONOR 90 juga menyokong HDR10+ dan Netflix selain turut mempunyai persijilan DXOMark Gold Display. Turut disediakan teknologi perlindungan mata melalui Circadian Night Display & Dynamic Dimming yang secara automatik melaraskan kecerahan dan warna skrin ke paras paling optimal bagi mengurangkan keletihan mata selepas penggunaan yang panjang.
Kamera
HONOR 90 5G menyediakan modul tri-kamera di belakangnya yang terdiri daripada kamera utama Super Sensing 200MP, kamera ultra lebar/makro 12MP dan, kamera berkedalaman 2MP. Kamera utamanya yang menggunakan sensor Sony IMX890 ini juga disokong oleh sensor CMOS 1/1.4-inci. Tidak ketinggalan, di sebelah hadapannya disediakan sebuah kamera lebar 50MP.
HONOR 90 5G mampu mengambil foto-foto yang mantap pada waktu malam dengan kebanyakan masa perinciannya kekal jelas dan jitu. Kawasan terang di sekeliling subjek foto pula tidak disilaukan secara berlebih-lebihan dan ia sekadar mencukupi untuk menghasilkan kualiti yang baik.
Begitu halnya untuk fotografi pada waktu siang. Tona warnanya kelihatan lembut dan jitu. Misalnya garis pada gumpalan awan nampak jelas, seterusnya memberikan mood yang lebih baik di dalam fotografi harian anda.
Contoh foto dari HONOR 90 5G
Prestasi
HONOR 90 5G menggunakan pemprosesan Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition 5G (4nm)dan GPU Adreno 644. Memorinya pula untuk unit ulasan kali ini mempunyai RAM 12GB dan storan 512GB. Telefon pintar ini juga mempunyai sokongan RAM maya (HONOR RAM Turbo) sehingga 7GB.
Berdasarkan ujian penanda aras menggunakan AnTuTu Benchmark, didapati HONOR 90 5G berada di paras atas purata markah yang dicapai oleh peranti-peranti menengah lain pada 609,250.
Permainan-permainan mudah alih seperti PUBG Mobile, Free Fire dan Roblox juga dapat dimainkan dengan lancar terutamanya apabila anda bermain di dalam tetapan sederhana (medium) dan juga mengaktifkan Performance Mode + Game Mode.
HONOR 90 5G juga dilengkapkan dengan bateri 5,000mAh yang mampu bertahan untuk penggunaan sehari suntuk bagi penggunaan normal (sosial media, email, buka game sekejap-sekejap, etc.). Ia juga menyokong HONOR SuperCharge 66W yang boleh mengecaskannya dari 60% hingga 100% dalam tempoh 25 minit sahaja.
Harga HONOR 90 5G di Malaysia
HONOR 90 tersedia dalam warna Diamond Silver, Peacock Blue dan Emerald Green, dengan dua pilihan 12GB+256GB and 12GB+512GB pada harga masing-masing RM1,799 dan RM2,099.
- HONOR 90 12GB+256GB – RM1,799
- HONOR 90 12GB+512GB – RM 2,099
Kini tersedia untuk dimiliki, jangan ketinggalan untuk menyertai keseronokan pengembaraan dengan Siri HONOR 90! Segala maklumat yang menarik tentang Siri HONOR 90 boleh ditemui di https://bit.ly/HONOR90SeriesPR. Dapatkan Siri HONOR 90 pilihan hati anda hari ini!