Utama Mobile Aplikasi Elon Musk menjenamakan semula Twitter kepada “X” sahaja

Elon Musk menjenamakan semula Twitter kepada “X” sahaja

340
0
Elon Musk Twitter X

Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter, pemilik Tesla dan Space X berkenaan dilihat menjadikan platform media sosial tersebut seperti medan pengujian idea-idea beliau. Kali ini Elon Musk mengambil keputusan untuk mengubah nama platform Twitter kepada “X” sahaja.

Melalui satu hantaran tweet di dalam akaun rasminya, beliau mengucapkan selamat jalan kepada penjenamaan burung yang selama ini digunakan oleh Twitter. Malah beliau juga mengubah foto profilnya kepada huruf X dengan gambar latar berwarna hitam.

Elon Musk selama ini sememangnya gemar mengaitkan diri beliau dengan jenama “X”. Dari Tesla Model X hinggalah ke SpaceX. Percubaan baharu beliau ke dalam AI juga telah mewujudkan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai xAI.

Tujuan utama penjenamaan semula ini dibuat disebabkan Elon Musk merasakan platform ini akan “aplikasi serba-serbi”, namun tidak memberikan perincian lanjut. Mungkin beliau berhasrat ingin menjadikan Twitter seperti aplikasi WeChat yang boleh melakukan serba-serbi, antaranya membeli-belah, pembayaran dan juga media sosial di China.

Langkah Elon Musk menjenamakan semula Twitter kepada X ini bukanlah satu tindakan yang bijak. Rangkaian media sosial tersebut telah pun mengalami kerugian hampir separuh dari keuntungan pengiklanan sejak November tahun lalu. Ia berpunca daripada perubahan polisi kawalan kandungan di dalam platform tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.