Utama Telco U Mobile U Mobile dilihat bakal melancarkan Pelan Langganan Rangkaian 5G tidak lama lagi

U Mobile dilihat bakal melancarkan Pelan Langganan Rangkaian 5G tidak lama lagi

636
0

U Mobile baru-baru ini dilaporkan telah menerbitkan satu laman khas yang akan memperkenalkan penawaran pelan rangkaian 5G tidak berapa lama lagi. Perkembangan ini merupakan sesuatu yang amat menarik kerana mampu memberikan pengguna akses capaian data internet generasi berikutnya.

Buat masa ini, hanya Yes sahaja yang menjadi satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menawarkan pelan rangkaian 5G. Anda yang berminat boleh memohon untuk mendapatkan kad SIM Yes 5G ini secara percuma menerusi laman web rasminya.

Bagaimanapun, liputan akses rangkaian 5G di Malaysia pada ketika ini masih lagi terhad di beberapa lokasi di Malaysia seperti di Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian tempat di Kuala Lumpur. Bulan lalu, beberapa lokasi di negeri-negeri lain seperti Johor dan Selangor juga telah mula menerima liputan rangkaian 5G di bawah Digital Nasional Berhad (DNB).

Laman peta liputan rangkaian U Mobile juga kini turut menyertakan petunjuk bagi rangkaian 5G yang akan datang.

Pun begitu, pada ketika ini U Mobile masih belum menandatangani perjanjian bersama dengan DNB untuk penyediaan rangkaian 5G. Dijangkakan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan akan menandatangani perjanjian tersebut sebelum tarikh akhir yang telah diberikan oleh kerajaan pada 30 Jun ini.

[Kemaskini] Semakan terbaru kami di laman berkenaan 5G di U Mobile mendapati maklumat berkaitan 5G tadi sudah tidak lagi kelihatan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.