Utama Mobile Telco Rangkaian 5G kini di beberapa kawasan sekitar Johor dan Selangor

Rangkaian 5G kini di beberapa kawasan sekitar Johor dan Selangor

136
0

Ketika perkhidmatan 5G pertama kali diperkenalkan untuk kegunaan umum di Malaysia pada Disember tahun lalu, anda hanya boleh mengaksesnya di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Kini, liputan 5G telah diperluaskan dengan meliputi kawasan-kawasan di dalam negeri Johor dan Selangor.

Maklumat ini telah dinyatakan oleh Yes, selaku satu-satunya syarikat telekomunikasi tempatan yang menyediakan liputan rangkaian 5G di Malaysia.

Kawasan-kawasan liputan rangkaian 5G di Johor dan Selangor terkini

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di Facebook rasmi Yes, berikut adalah senarai kawasan-kawasan liputan rangkaian 5G baharu:

Johor

  • Kampung Ungku Mohsin
  • Kempas Denai
  • Bandar Baru Uda
  • Tangki Air Bandar Baru Uda
  • Jalan Taruka
  • Jalan Skudai Kiri
  • Taman Abad
Pencawang 5G DNB Johor
Imej dari Facebook DNB

Selangor

  • LDP Jalan Ara SD 7
  • Taman Jati
  • Taman Bukit Permata
  • SS21 PJ
  • Kampung Sungai Kertas
  • Taman Bukit Serdang
  • Jalan Bunga Raya 3
  • Pandan Jaya
  • Taman Seri Hijau
  • Taman Sri Cheras Jaya
  • Kuang
  • Kampung Nakhoda
  • Kampung Batu Belah
  • Jalan Haji Sirat
  • Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Choh
  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Taman Juara Jaya
  • Surau Nur Ikhwan
  • Pusat Bandar Rawang
  • Taman Setia Rawang
  • Flat Bayu Murni
  • Jalan Selayang Baru
  • Taman Industri Intergrasi Rawang
  • Taman Keramat Exchange
  • Taman Industri Bolton
  • Seksyen 11, Kota Damansara
  • Taman Bukit Rawang Jaya
  • Kampung Melayu Batu 16
  • Apartment Kos Sederhana Taman Tun Teja
  • Taman Bukit Raja
SUMBERYes [Facebook]
Artikel sebelum iniWhatsApp akan perluaskan sokongan Berbilang Peranti ke Peranti Mudah Alih Kedua
Artikel seterusnyaBank Negara Malaysia umumkan 5 Penerima Lesen Bank Digital; AEON, Sea + YTL, Boost + RHB antara yang menerima
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.