Utama Mobile Telco U Mobile dijangka akan menawarkan Internet Jalur Lebar Fiber tidak lama lagi

U Mobile dijangka akan menawarkan Internet Jalur Lebar Fiber tidak lama lagi

723
0

U Mobile dilihat akan membawakan perkhidmatan internet jalur lebar fiber tidak berapa lama lagi. Syarikat pengendali telekomunikasi mudah alih ini sinonim dengan penawaran perkhidmatan internet tanpa had pada harga mampu milik.

Maklumat mengenai penawaran baharu ini dikaitkan dengan iklan tawaran pekerjaan oleh U Mobile untuk jawatan Pengurus Kanan Pemasaran Produk bagi Jalur Lebar melalui JobStreet.

Jawatan ini memerlukan individu yang layak perlu mengetuai perniagaan baharu fiber oleh U Mobile. Serta bertanggungjawab memperkenalkan produk dan perkhidmatan jalur lebar yang komprehensif.

Syarat-syarat kelayakan jawatan tersebut memerlukan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 8 tahun untuk bidang berkaitan pemasaran dan pengurusan di dalam industri telekomunikasi.

Tidak dapat dipastikan sama ada U Mobile akan menyediakan prasarana fiber sendiri. Jika penawaran perkhidmatan jalur lebar ini akan disediakan dalam tempoh terdekat ini, berkemungkinan pihak U Mobile akan membuat perjanjian usaha sama dengan rangkaian fiber sedia ada.

Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat telekomunikasi mudah alih tempatan iaitu Celcom, Maxis dan Digi sudah pun mempunya pelan jalur lebar fiber masing-masing.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.