Utama Mobile Telco Rakyat Malaysia guna Data Mudah Alih secara purata 25.7GB sebulan -OpenSignal

Rakyat Malaysia guna Data Mudah Alih secara purata 25.7GB sebulan -OpenSignal

1144
0

Kesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap penggunaan data mudah alih di kalangan rakyat Malaysia pernah dilaporkan amat tinggi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Baru-baru ini, laporan penggunaan sepanjang tempoh suku pertama 2021 oleh OpenSignal mendapati rakyat Malaysia menggunakan data mudah alih yang paling banyak di kalangan negara-negara Asia Tenggara.

Berdasarkan data tersebut, secara purata rakyat Malaysia menggunakan data mudah alih sebanyak 25.7GB sebulan.

Salah satu sebab mengapa penggunaan data mudah alih dikalangan rakyat Malaysia terlalu tinggi ini adalah disebabkan harga jalur lebar talian tetap di negara kita adalah agak mahal.

Tambahan pula, dengan syarat yang mewajibkan pelanggan perlu mengikat kontrak untuk 12 atau 24 bulan pula menyebabkan ramai yang kurang berminat untuk menggunakannya di dalam keadaan ekonomi seperti ini.

Kesan daripada penggunaan data mudah alih terlalu tinggi ini juga telah mengakibatkan rangkaian mudah alih oleh penyedia perkhidmatan popular seperti Celcom, Maxis, Digi, dan U Mobile seringkali sesak.

Bagaimanapun, usaha oleh pihak kerajaan melalui inisiatif program JENDELA dijangkakan mampu membantu menambahbaik kualiti rangkaian internet talian tetap dan mudah alih di seluruh Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.