Utama Telco U Mobile U Mobile pertingkatkan penawaran Jalur Lebar Talian Tetap melalui kerjasama dengan TIME

U Mobile pertingkatkan penawaran Jalur Lebar Talian Tetap melalui kerjasama dengan TIME

559
0
U Mobile Time Partenership Home Broadband Fibre

U Mobile baharu sahaja menandatangani perjanjian kerjasama dengan penyedia perkhidmatan jalur lebar fiber TIME dotCom (TIME) sebagai salah satu strategi jangka panjangnya dalam menawarkan Home Broadband.

Menerusi kerjasmaa ini, syarikat telekomunikasi ini mensasarkan untuk memperluaskan perkhidmatannya di samping meningkatkan jumlah pelanggan kediamannya sehingga lebih dari 650%.

U Mobile pertama kali mula memperkenalkan pakej Home Broadband pada September tahun lalu melalui kerjasamanya dengan Allo Technology, sebuah anak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Perkhidmatan tersebut mula dirintis di beberapa kawasan di sekitar Melaka, Cyberjaya, Perak dan Kedah serta akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan di Malaysia secara beransur-ansur.

Menerusi kerjasama baharu ini, U Mobile dapat menumpukan penawaran kepada pelanggan-pelanggan yang tinggal di kediaman bertingkat seperti rumah pangsa, apartment dan kondominium menerusi infrastruktur TIME.

Harga Pelan U Mobile Fibre Home Broadband 

U Mobile Home Broadband Price

Terdapat tiga pelan yang ditawarkan menerusi Pelan Ultra Unlimited Home Fibre Broadband U Mobile, iaitu:

  • U Mobile Ultra Unlimited Home Fibre Broadband 1Gbps – RM299/bulan
  • U Mobile Ultra Unlimited Home Fibre Broadband 500Mbps – RM199/bulan
  • U Mobile Ultra Unlimited Home Fibre Broadband 100Mbps – RM129/bulan

Anda yang berminat boleh membuat semakan di laman web rasmi U Mobile sama ada kediaman anda menerima liputan perkhidmatan jalur lebar talian tetap ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau di kedai-kedai U Mobile berhampiran anda. Anda akan dimaklumkan semula menerusi panggilan telefon dari pihak U Mobile dalam tempoh 5 hari bekerja jika permohonan anda diluluskan dan sedia untuk pemasangan.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.