Utama Teknologi PM umumkan Cuti Umum dan Tol Percuma pada 18-19 November ini bersempena...

PM umumkan Cuti Umum dan Tol Percuma pada 18-19 November ini bersempena PRU15

669
0
Plaza Tol-RFID dan SmartTAG

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan cuti umum pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan orang ramai keluar mengundi. Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada Sabtu ini, 19 November 2022.

Selain itu, Perdana Menteri juga memaklumkan tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan di 30 buah lebuhraya sepanjang tempoh dua hari tersebut. Senarai terperinci lebuhraya-lebuhraya berkenaan bagaimanapun masih lagi belum dikeluarkan.

Pemberian tol percuma ini hanya untuk pengguna kenderaan Kelas 1 bermula dari 12.01 pagi pada hari Jumaat sehingga 11.59 malam pada hari Sabtu. Kadar bayaran tol tersebut akan ditanggung oleh konsesi-konsesi lebuhraya masing-masing sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat dengan anggaran kos bernilai RM34.5 juta.

Terdahulu pada Rabu minggu lepas, kerajaan negeri Selangor dan Negeri Sembelian telah memutuskan tarikh 18 dan 19 November sebagai hari cuti umum. Pulau Pinang menyusul kemudian dengan mengumumkan hari cuti pada tarikh yang sama.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan peluang yang anda untuk kita menunaikan tanggungjawab kita dengan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15. Anda boleh membuat semakan status daftar mengundi, kawasan parlimen/DUN, lokasi mengundi dan waktu mengundi yang disarankan secara dalam talian.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.