Tinjauan yang dilakukan oleh Microsoft terhadap 2,000 individu serta kajian imbasan aktiviti otak pada 100 orang telah cukup memberikan kesimpulan tentang manusia hari ini memang mampu melakukan pelbagai tugas dalam satu-satu masa. Namun begitu, tumpuan perhatian generasi hari ini telah merosot kepada 8 saat secara purata.
Jika dibandingkan dengan kajian pada tahun 2000 dahulu, tumpuan perhatian purata pada ketika itu adalah disekitar 12 saat. Penurunan ini menjadikan tumpuan manusia hari ini lebih kurang seperti ikan emas, di mana kajian mendakwa tumpuan perhatian ikan emas cuma sekitar 9 saat.
Laporan setebal 54 muka surat itu yang berfokus di Kanada turut menyatakan golongan yang kerap menggunakan peranti digital dan media sosial cenderung untuk menjadi hilang tumpuan.
Atas sebab itu, tidak menghairankan jika kebanyakan pelajar-pelajar hari ini sering dilaporkan sukar memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh para golongan pendidik seperti guru dan pensyarah. Walaupun keadaan ini sering dikaitkan dengan penyakit ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), penggunaan peranti digital secara berlebihan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk kita menumpukan perhatian.
Menariknya, menurut kajian ini, penggunaan teknologi secara berlebihan turut memberikan kesan positif pada bahagian lain. Ia menyatakan, “While digital lifestyles decrease sustained attention overall, it’s only true in the long-term. Early adopters and heavy social media users front load their attention and have more intermittent bursts of high attention. They’re better at identifying what they want/don’t want to engage with and need less to process and commit things to memory.”
Terjemahannya berbunyi lebih kurang begini, “Sedang kehidupan digital menjadikan tumpuan kita merosot secara keseluruhannya, ia hanya dapat dilihat pada jangka masa panjang sahaja. Pengguna teknologi awal dan pengguna tegar media sosial dapat mempertingkatkan tumpuan perhatian mereka pada kadar yang sangat pantas. Mereka lebih cekap memberikan keputusan sama ada ingin terlibat atau tidak dengan sesuatu perkara. Justeru, ia menjadikan mereka boleh menumpukan kepada perkara yang lain pula,”
Ada betulnya tu.. klu di kedai2 makan pun kita boleh tengok keadaan mcm tu. Ada masa pun diri sendiri tak terkecuali sbb blogwalking sambil tunggu makana sampai.. 😀
harap2 saya tak macam tu..sekarang ni saya memang tak nak ajar diri saya mengadap smartphone bila keluar rumah atau tengah buat sesuatu..time makan,saya makan,time shopping saya shopping..sedang berusaha untuk jadi manusia normal..bukan ikan emas..haahah