Spekulasi mengenai pelancaran sistem operasi baharu, Windows 12, yang dijangka berlangsung pada minggu hadapan akhirnya terjawab apabila Microsoft menafikan perkara tersebut.
Gergasi teknologi tersebut menegaskan pengumuman yang dirancang dalam masa terdekat bukanlah untuk memperkenalkan versi sistem operasi (OS) yang baharu.
Maklumat tersebut dikongsikan oleh Ketua Bahagian Windows dan Peranti di Microsoft, Pavan Davuluri. Acara tersebut kelak memfokuskan kepada para pembangun perisian bukanlah untuk melancarkan versi OS baharu.
Something new is coming for developers. And no, itβs not a new OS version π . See you at Build next week! pic.twitter.com/gfY90ZyjZl
β Pavan Davuluri (@pavandavuluri) May 29, 2026
Memasuki Era Baharu Komputer Pintar (AI PC)
Walaupun pengguna tidak akan melihat kehadiran Windows 12, Microsoft memberi bayangan jelas mengenai peralihan fokus syarikat menerusi kempen “A new era of PC” (Era baharu PC).
Kempen promosi ini dikaitkan dengan penganjuran acara teknologi antarabangsa, Computex 2026, yang bakal berlangsung di Pusat Muzik Taipei, Taiwan.
Tumpuan utama syarikat kini beralih sepenuhnya kepada pembangunan ekosistem AI PC, komputer peribadi yang disepadukan dengan teknologi Kecerdasan Buatan terbina dalam. Turut diperkenalkan barisan produk perkakasan generasi baharu.
Kemunculan Barisan Peranti Surface
Dari sudut perkakasan komputer, Microsoft dijangka akan memperluaskan penawaran perantinya di bawah jenama Surface. Terdahulu, Microsoft telah memperkenalkan model Surface for Business baharu. Peranti tersebut dikuasakan oleh cip pemprosesan siri Intel Core Ultra 300.
Selain itu, Microsoft juga telah mengesahkan bahawa peranti Surface yang dikhususkan untuk pasaran pengguna umum akan dilancarkan pada tahun ini. Sekaligus membuka kemungkinan pelancaran generasi Surface seterusnya tidak lama lagi.
Komitmen Berterusan Terhadap Windows 11
Microsoft dilihat mengambil pendekatan strategik untuk terus memperkukuh dan menaik taraf ciri-ciri dalam sistem operasi Windows 11.
Antara penambahbaikan utama yang difokuskan termasuklah pilihan kustomasi yang lebih meluas pada Start menu.
Di samping itu, Microsoft juga sedang membangunkan profil kependaman rendah (low latency profile) yang berfungsi untuk mempercepatkan tindak balas sistem agar lebih lancar.
Kemas kini tersebut turut akan merangkumi rombakan sistem pada bahagian Windows Update dan membawakan rekaan palang tugas (taskbar) yang lebih fleksibel untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna harian.











