Isi Kandungan
Insiden telefon bimbit masuk air sama ada akibat ia terjatuh atau dibasahi hujan ketika menunggang motosikal adalah sesuatu yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Kebimbangan utama pengguna apabila telefon bimbit masuk air adalah kemungkinan besar ia boleh rosak dan tidak boleh dibaiki.
Namun, jika kena pada caranya, kita masih lagi dapat menyelematkan telefon bimbit berkenaan sebelum anda berfikir ingin melupuskannya dan menggantikannya dengan yang baru. Cara menyelamatkan telefon bimbit yang terjatuh ke dalam air ini perlukan masa sekurang-kurangnya tiga hari untuk memastikan ianya benar-benar pulih untuk dioperasikan, bermula dari;
Langkah 1: Tanggalkan bateri
Paling penting sebaik sahaja anda mendapati telefon anda dimasuki air adalah menanggalkan baterinya seberapa segera. Kebanyakan kerosakan yang diakibatkan dari telefon masuk air adalah kejadian litar pintas.
Selain bateri, kita juga perlu menanggalkan sebarang penutup atau komponen luaran telefon terbabit untuk membolehkannya kering dengan lebih cepat, termasuklah kad SIM dan kad SD.
Jika telefon bimbit anda tidak boleh ditanggalkan baterinya, pergi ke langkah seterusnya.
Langkah 2: Matikan telefon bimbit anda
Tindakan pantas anda mematikan telefon bimbit anda yang dimasuki air mampu menyelamatkan nyawanya. Jika anda sengaja menangguh-nangguhkannya, kemungkinan besar telefon bimbit anda akan pergi tak kembali.
Ia menjadi pilihan untuk mengelak berlakunya litar pintas bagi telefon bimbit yang baterinya tidak boleh ditanggalkan sebelum pergi ke langkah seterusnya.
Langkah 3: Tanggalkan telefon bimbit anda satu-persatu
Jika anda tidak suka atau tak mahu untuk menanggalkan telefon bimbit anda, boleh langkau ke langkah 4.
Bagi yang sudah biasa menggodeh barang-barang dan tak kisah jika secara tak sengaja menjahanamkan barang seperti saya, anda boleh mula menanggalkan kerangka telefon bimbit menggunakan pemutar skru untuk mengeluarkan papan litarnya supaya ia boleh dikeringkan dengan udara biasa bersuhu bilik.
Nota: Membuka dan menanggalkan telefon bimbit yang masih dalam tempoh jaminan boleh menyebabkan ia tidak layak untuk ditukar ganti. Oleh itu, jangan usik jika ia masih di dalam waranti dan rujuk dengan pihak pengeluar berkenaan cara untuk mendapatkan penggantian.
Langkah 4: Keringkan dengan pengering rambut
Pengering rambut adalah cara terbaik mengeringkan komponen-komponen dalaman telefon bimbit yang basah akibat dimasuki air. Cuma anda harus ingat untuk menetapkan pengering rambut kepada tetapan tanpa pemanas. Ini kerana, jika udara panas yang dihembuskan dari pengering rambut, dibimbangi wap-wap air akan terhasil lantas menjadikan keadaan menjadi lebih rumit.
Langkah 6: Masukkan ke dalam bekas beras
Jika anda masih lagi bimbang kalau-kalau masih lagi terdapat saki baki air di dalam telefon bimbit anda, anda boleh meletakkannya di dalam beras. Ini kerana, beras mampu menyerap lembapan pada udara disekelilingnya walaupun proses ini memakan masa yang lama. Tempoh yang diperlukan untuk ia benar-benar kering adalah sekitar 72 jam. Ada juga sesetengah pendapat yang mengatakan meletakkannya dalam tempoh 36 jam pun sudah memadai. Namun, ini cuma hal khilafiah sahaja dikalangan Juruteknik Komputer, terpulang kepada pengguna untuk mengikut pendapat mana.
Cuma, jika telefon bimbit anda terjatuh ke tempat yang kotor seperti lubang tandas misalnya, asingkan beras yang anda ingin gunakan untuk mengeringkan telefon bimbit tersebut dengan bekas yang lain. Jangan pula anda letakkan telefon bimbit itu ke dalam bekas beras yang biasa anda gunakan. Jika opah anda marah, penulis tidak bertanggungjawab dalam hal ini.
Langkah 7: Usaha, doa dan tawakkal
Selepas anda melakukan segala usaha yang terbaik, seeloknya anda berdoa dan bertawakkal supaya telefon bimbit anda kembali pulih seperti sedia kala. Bukan apa, jika ianya rosak teruk sampai perlu dihantar ke kedai untuk repair atau perlu beli baru, dibimbangi akan menganggu bajet bulanan anda di saat kita semua rakyat terpaksa berjimat cermat akibat kenaikan kos sara hidup yang mencanak akhir-akhir ini.
Tip bonus: Pakai cover kalis air atau beli telefon yang kalis air
Jika telefon anda kerap masuk air kerana kena hujan ketika naik motosikal atau terjatuh ke dalam lubang tandas, anda mungkin perlu menimbangkan untuk menggunakan cover kalis air.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar kalis air, model telefon pintar seperti Sony Xperia XZ, dan Samsung Galaxy S8 adalah pilihan terbaik. Kesemua model ini mempunyai penarafan IPX7 di mana ia mampu bertahan selama 30 minit apabila direndam di dalam air yang berkedalaman 1 meter.
Saya pernah hadapi 2 kali peristiwa seumpama ini. Kali pertama henfon dalam seluar masuk mesin basuh. Rosak teruk…memang tak dapat diselamatkan langsung! Kali kedua masuk air (agaknya air hujan??), bawa pergi kedai kos repair dan ganti peralatan baru RM200 juga….
Terima kasih atas tips ini…
Nice tips. Tak pernah lg hp jatuh dlm air, harap tak akan jadi la huhuh… sony xperia mmg kekal di hati gua hihih ;3
Hang pakai Sony Xperia ka? Hehe
belum pernah alami lagi..mintak dijauhkan..dah la nak dapat susah..hehehe
Errr….rasanya admin terlupa masukkan langkah ke 8…….
BELI BARU.
Hehe….jangan marah admin. Gurau. Gud tips apa yang admin tuliskan di sini dan saya dah buat
hampir ke semua langkah2 di atas tu satu ketika dulu.
Pernah hari tu hp wife x bleh nak charge sebab kena air..mujur masih dalam warranty..repair free 😉
hp sy pernah terjun ala2 pandalela rinong dlm sungai… berenang2 ia didalam situ. mujur….sy off dan biarkan dulu. Alhmdulillah elok lagi smpai hari ni.
Tak pernah kena lagi.. tapi klu kena haru juga ni.. thanks sharing tips ni SY..
teringat blackberry masuk dalam kuah dal masa makan roti canai 3 bulan lepas. Alahai… tak dapat nak di selamatkan. huhuhuh
fon sony xperia T2 ultra baru ja berenang macam ikan dalam sungai masa hiking semalam. memang tak boleh on. uwaaaaa sekarang tengah test timbun dalam beras. harap menjadi 🙁
menjadi tak bro. sama la ni
Entah. Macam senyap je, menjadi la tu kot. Biasa kalau kerja kat helpdesk, customer bila dah OK sure senyap je.
kalau phone HTC desire eye jatuh dlm air laut then screen xleh on tp charge masih bleh…cmner tu?LCD screen rosak atau komponen dlm mmg rosak…
Masa charge tu, handset dah betul-betul kering ke?
wtf
agak2 berapa kos kalau baiki phone (tmpat charge) yg x dapat detect sbb terkena air? mkn ratusan eh?
setakat ini pernah beberapa kali kena..hp memang hidup balik dan jangka hayatnya tak lama selepas itu..
situasi ini memang membimbangkan nak2 time takde bajet
kalau dah masuk air tapi saya dua tiga kali on baru letak dalam beras boleh okay ke ?
Selagi board tu belum short circuit, patut boleh OK bila dah kering nanti. Tapi kalau dah short circuit sampai cip pun terbakar, memang kena hantar kedai kasi repair la jawabnya.
Kalau letak dalam beras selama beberapa jam pastu on balik tp dpt digunakan .. jangka hidup henfon lame tak bang? Saye guna lenovo a6000 jatuh dalam air selama 2 saat je 😭😂
Kalau jatuh kejap dalam air 2 saat tu still ok lagi. Basah takat kat belah casing. Kalau boleh on lagi tu, maybe air belum masuk ke board phone lagi la tu.
Sy punye fon skrin dia dah gelap da 😥 xprasan plk tkena air. Blh baik ke klu letak dlm beras.. skrin dia.. innalillah.. nk pastikan je ni..
fon saya masuk air skrin jd malap2 lpas tu asyik on off sndiri..lastly dye of tros..da try guna hairdryer and letak dlm beras tp boleh ke on ke lpas tu?? satu lagi brape lama nak letak dlm beras tu ye?
iphone saya termasuk dlm bowl tndas pastu dia still on but hang.lama sikit lps tu baru boleh off.so klau saya tunggu 2 hari baru letak dlm beras boleh ke?
Tak letak dalam beras pun, dalam tempoh dua hari tu patut dah kering dah. Tapi kalau nak bagi betul-betul kering, nak letakkan kat beras pun takpe.
Note 5 sy jatuh dalam baldi..button back x berfungsi,apa patut sy buat..
nak tanye…kenapa nak masukkan dalam beras…ade org ckp kalau masuk beras,abuk2 beras akan serap air…tapi nanti abuk tu terperap la dalam fon tukan ke ape?
salam. nk tnya, kalau short circuit ada harapan ok balik?
Kalau phone dah short circuit ni memang susah nak pulih balik. Biasanya kena ganti board dan kos repair ganti board ni biasanya agak tinggi juga dan pada kebiasaannya lebih berbaloi jika membeli phone yang baru.
Assalamualaikum.sy nk tnya..mcm ni phone sy msuk air laut then sy tekan on phone tpi dy x nak nyala..pasti baru sy bkk bateri and others utk kringkn phone tu..dlm 5 hari sy try on phone balikk but phone still x nak nyala..so adakah phone sy dh rosak??mohon pencerahan..
Nampak gaya macam tak boleh nak pulih balik. Kalau repair pun, kosnya tu mungkin lebih mahal dari membeli phone baru.
Ada disebut bahawa hp yang masuk air hendaklah diletakkan dalam beras . sebagai satu langkah utk menyerap air yag ada dalam hp tersebut. Saya nakkan kepastian , Hp yang di maksudkan itu sudak dibuka satu persatu komponennya atau tak perlu dibuka tapi terus dimasukan dalam beras. Inginkan pencerahan…terima kasih.
macam mana ek terjatuh dalam air kemudian gelabah terus lap lap sikit kemudian masukkan bateri terus dan mula on. dia ada on sekejap kemudian dia keluar background semua kuning terus saya cabut balik bateri dan saya menangis…… rasa rasa boleh guna seperti biasa tak? sebab saya sayang sangat kat telefon tu hm
saya juga ada charge kan dia tadi
mohon pencerahan segera, saya risau ni
Better biarkan dulu sampai dia betul-betul kering. Mana la tau kot ada air yang masuk ke board melalui celahan phone.
Dia apa lepas tu?
Fon sy ada termasok air yg tertumpah, just permukaaan bwah msok dlm sound jaa…. Sound jdi slow, msa kna just lap, xtrus off… Skrg dh off n apakah dia akn kmbali mcm biaasa..
Phone jenis apa?