Utama Mobile Steve Jobs sendiri pun tak bagi Anak-Anaknya pakai iPad

Steve Jobs sendiri pun tak bagi Anak-Anaknya pakai iPad

948
4

Bagi ibu bapa generasi Y, kebimbangan terhadap pendedahan penggunaan teknologi seperti iPad dan tablet secara berlebihan kepada anak-anak adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ramai kalangan ibu bapa yang merasakan penggunaan gajet mudah alih secara berlebihan bakal memberikan kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak.

Malah pengasas Apple, syarikat yang bertanggungjawab mengeluarkan iPad, mendiang Steve Jobs sendiri pernah melarang anak-anaknya menggunakan iPad. Ada sebabnya mengapa Steve Jobs melarang produk dari syarikatnya itu diguna pakai oleh anak-anaknya.

Di dalam wawancara bersama wartawan New York Times, Nick Bilton pernah bertanyakan soalan yang berbunyi, “So your kids must love the iPad? (Tentunya anak-anak tuan menggemari iPad, kan?)”

Steve Jobs menjawab:

They haven’t used it. We limit how much technology our kids use at home. (Mereka masih belum menggunakannya. Kami mengehadkan penggunaan teknologi di kalangan anak-anak kami sewaktu di rumah)”

Pada tahun-tahun kebelakangan ini juga, sudah wujud satu trend di mana jurutera dan eksekutif yang berkhidmat di dalam bidang teknologi cuba sedaya upaya menjauhkan penggunaan teknologi dari jangkauan anak-anak masing-masing. Ia amat ketara terutama kepada para kakitangan syarikat teknologi yang berpusat di Silicon Valley, sebuah hub yang menempatkan syarikat-syarikat teknologi multinasional di San Francisco, Amerika Syarikat. Hingga ke satu tahap, mereka menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang tiada kemudahan komputer seperti Waldorf School di Los Altos yang mengutamakan pembelajaran dan pengajaran secara langsung.

Pendapat mendiang Steve Jobs mengenai teknologi ini turut senada dengan Chris Anderson, CEO syarikat 3D Robotics melalui satu temubual bersama majalah The Times. Beliau yang memiliki lima orang cahaya mata menerangkan mengapa tindakan ini perlu dilakukan;

My kids accuse me and my wife of being fascists and overly concerned about tech, and they say that none of their friends have the same rules… That’s because we have seen the dangers of technology firsthand. I’ve seen it in myself, I don’t want to see that happen to my kids. (Anak-anak dan isteri saya merungut mengatakan saya bersikap fasis dan terlalu bimbangkan tentang teknologi dan membandingkannya dengan keluarga rakan mereka yang tiada larangan berkenaan.. Ini kerana, kami yang bekerja di dalam bidang teknologi ini sudah melihat bahaya dan kesan buruknya. Saya yang tahu tentangnya, tidak akan membenarkan perkara ini berlaku terhadap anak-anak saya)”

Melihat kepada ketagihan masyarakat kita terhadap penggunaan teknologi mutakhir, seperti iPad, tablet mahupun media sosial ini memungkinkan generasi mendatang, termasuklah generasi anak-anak kita bakal mendapat impak negatif. Antara yang dibimbangkan adalah mengenai kesan psikologi yang mungkin boleh mengganggu cara generasi akan datang berkomunikasi secara bersemuka.

Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Adakah anda bersetuju dengan cara sesetengah ibu bapa seperti Steve Jobs dan jurutera teknologi di Silicon Valley yang melarang anak-anak mereka dari bergantung hidup dengan gajet?

-Imej cover diperoleh dari IT Pro Portal

 

4 KOMEN

  1. mmg perlu ada hadnya… sekarang pun dah nampak sedikit demi sedikit keburukannya… anti sosial, sampai lepak dgn kawan2 pun meja sunyi sebab masing2 sibuk dgn FB dan instagram.

  2. saya pun had kan pada anak2..ini zaman mereka,mereka kena juga lalui nya..saya tak halang saya bagi anak guna youtube,facebook tapi saya ajar mereka cara nak kawal diri mereka..apa yang boleh apa yang tak boleh..bila boleh guna ,berapa lama boleh guna..jadi setakat ni anak saya tak de la sampai tahap tak boleh nak berenggang dengan tab atau smartphone.sebab dia tahu had2 dia..

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.