Utama Teknologi Bitcoin K-KOMM gesa beri kebenaran penggunaan Mata Wang Kripto

K-KOMM gesa beri kebenaran penggunaan Mata Wang Kripto

728
0

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) mencadangkan pihak kerajaan untuk membenarkan penggunaan mata wang kripto.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin turut menyatakan pihak kerajaan sedang melihat kaedah untuk memperluaskan penglibatan para belia di dalam penggunaan mata wang digital di dalam perdagangan dan kewangan masa depan.

“Semua ini di bawah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bagaimanapun, kita di pihak kementerian ingin daftarkan, sebab ini adalah perniagaan dan program kewangan masa depan, terutama buat anak muda sekarang.

“Kita harap kerajaan dapat dan cuba ‘legalise’ (membenarkan di sisi undang-undang) perkara ini supaya penyertaan anak muda dalam mata wang kripto dapat kita kembangkan dan bantu mereka dari segi penggunaan tenaga dan sebagainya,”

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dengan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh. Soalan yang ditanyakan mengenai pendirian kerajaan dan K-KOMM berkaitan perdagangan dalam platform NFT di Malaysia pada ketika ini.

Menerusi sesi perbahasan di Parlimen tersebut, beliau tidak menyebut jenis mata wang kripto yang dicadangkan oleh pihak kementerian. Selain itu, tiada maklumat mengenai garis masa penggunaan mata wang kripto tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.