Utama Telco Digi Simulasi anti-jenayah siber untuk membina pemikir kritis yang berdaya tahan dalam kalangan...

Simulasi anti-jenayah siber untuk membina pemikir kritis yang berdaya tahan dalam kalangan belia

Program perintis untuk mendidik tabiat internet yang selamat melalui lakonan semula penyelesaian jenayah siber

355
0
Cybercrimes-of-Bukit-Kuning-Digi-headquarters

SUBANG JAYA, 16 NOVEMBER 2022 – Memupuk golongan muda untuk menjadi pemikir kritis dan penyelesai masalah membolehkan mereka mengambil keputusan yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam usaha berterusan untuk memperkasa belia melalui kaedah interaktif dan imersif, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) baru-baru ini telah menjalankan perintis cabaran simulasi anti-jenayah siber yang dipanggil Cybercrimes of Bukit Kuning di ibu pejabatnya.

Dilancarkan di bawah inisiatif Keselamatan Internet Digi, simulasi itu mereplikasi risiko sebenar gangguan dalam talian dan menonjolkan kepentingan melindungi golongan rentan dalam talian. Simulasi ini direka dengan teliti untuk melatih golongan muda berfikir secara kritis dan mengambil keputusan yang lebih wajar ketika mereka berusaha menyelesaikan cabaran ‘jenayah siber’.

Ketua Kelestarian Digi, Philip Ling, menekankan betapa pentingnya para penjaga dan pendidik memperkasa belia untuk menjadi pengguna Internet yang selamat, beretika dan bertanggungjawab, terutamanya apabila mereka banyak meluangkan masa di media sosial dalam dunia digital yang kian membangun.Group-'Cybercrimes-of-Bukit-Kuning'

“Dalam meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia (20 Nov), kami mengukuhkan lagi komitmen terhadap memperkasa golongan bakal pemimpin ini untuk lebih berdaya bingkas. Simulasi Cybercrimes of Bukit Kuning bertujuan memulakan perbincangan mengenai keselamatan internet dan implikasi buli siber, yang antara lain boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak. Maka kami berharap usaha ini dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak sekolah dan komuniti untuk meningkatkan kesedaran, membina kemahiran berfikir secara kritis serta menggalakkan belia memainkan peranan dalam membina alam digital yang sihat untuk golongan rentan,” kata Philip.

Awal tahun ini, Digi telah mengadakan versi permainan dalam talian melibatkan 100 kanak-kanak di seluruh Malaysia. Setelah menerima maklum balas yang baik daripada kajian itu, Digi mengadakan simulasi secara fizikal dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia di bawah program CyberSAFE In Schools bulan lepas.

Sekolah yang mengambil bahagian termasuk SM Sains Kuala Terengganu, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, SMK Perempuan Methodist Ipoh, SMA Persekutuan Bentong, SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam, dan SMK Tinggi Batu Pahat; dan inisiatif simulasi itu telah dilancarkan sempena Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) 2022, iaitu sebuah wacana keselamatan siber di sekolah yang pertama di Malaysia. Program ini dianjurkan oleh CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) Malaysia bertujuan untuk mempromosikan kewarganegaraan digital yang lebih bijak dalam kalangan negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yellow Heart Digi, layari https://digi.my/yellowheart

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.