Utama Mobile Aplikasi WhatsApp perkenalkan Fungsi Undian di dalam Chat untuk Pengguna di Malaysia

WhatsApp perkenalkan Fungsi Undian di dalam Chat untuk Pengguna di Malaysia

1229
0
WhatsApp Undi Poll Malaysia PRU15

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan diadakan pada 19 November 2022 ini, WhatsApp secara kebetulan turut memperkenalkan fungsi membuat undian di dalam chat. Anda boleh memasukkan fungsi ini ke dalam sesi chat individu dan juga berkumpulan.

WhatsApp telah menguji fungsi ini sejak dari April lalu dan kini telah memperkenalkannya ke dalam WhatsApp untuk iOS (2.22.21.77) dan Android (2.22.23.77).

Untuk mewujudkan undian, anda hanya perlu menekan pada butang ‘+’ bagi pengguna iOS, atau ikon klip kertas bagi pengguna Android. Anda boleh menambah sehingga 12 jawapan objektif bagi setiap undian dan boleh disusun mengikut susunan yang dikehendaki.

Berbeza dengan Telegram, tidak banyak pilihan yang disediakan di dalam fungsi undian WhatsApp ini. Secara lalai, WhatsApp membenarkan pengguna mengundi pelbagai pilihan dan keputusannya pula ditunjukkan terus termasuk kepada pengguna yang masih lagi belum mengundi.

Anda boleh mengetik pada undian untuk melihat siapa yang mengundi bagi setiap pilihan jawapan dan juga masa mengundinya. Keputusan undian juga tidak disekat dan WhatsApp membenarkan pengguna untuk mengubah undian pilihan masing-masing pada bila-bila masa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.