Utama Telco Celcom CelcomDigi sahkan Gangguan Perkhidmatan Rangkaian Celcom dan Yoodo

CelcomDigi sahkan Gangguan Perkhidmatan Rangkaian Celcom dan Yoodo

186
0

CelcomDigi telah membuat satu hantaran baharu di X (dahulu dikenali sebagai Twitter) mengesahkan gangguan perkhidmatan yang sedang dialami pada rangkaian Celcom. Di dalam hantaran yang sama juga turut menyatakan pihak syarikat kini sedang berusaha menangani isu tersebut secepat mungkin.

Turut terkesan di dalam gangguan perkhidmatan ini subsidiari Celcom, Yoodo turut mengesahkan isu tersebut dengan berkongsikan hantaran di dalam X.

Gangguan tersebut telah berlaku sejak dari petang tadi dan kebanyakan pengguna telah membawakan isu tersebut ke media sosial. Aduan-aduan yang diterima adalah konsisten dengan kebanyakannya menyatakan tidak dapat bersambung ke internet ketika menggunakan rangkaian Celcom.

Awal petang tadi, CelcomDigi telah membuat satu hantaran untuk meminta pengguna menggunakan rangkaian Wi-Fi jika ingin mendapatkan talian internet. Hantaran yang dikongsikan di X tersebut bagaimanapun telah pun dipadamkan.

Setakat artikel ini ditulis, CelcomDigi tidak menyatakan tempoh masa yang diambil bagi menyelesaikan masalah rangkaian ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.