Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3 secara rasminya dilancarkan

Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3 secara rasminya dilancarkan

67
0

Qualcomm secara rasminya telah melancarkan pemprosesan Snapdragon 7s Gen 3, berkesinambungan dari Snapdragon 7s Gen 2. Pemprosesan ini boleh dikirakan ditempatkan di bawah Snapdragon 7 Gen 3 dan Snapdragon 7 Plus Gen 3.

Menurut Qualcomm, pemprosesan ini memiliki penambahbaikan yang sewajarnya berbanding model terdahulu seperti peningkatan 20% pada prestasi CPU, 40% kenaikan pada GPU dan 30% peningkatan pada tugasan-tugasan berasaskan AI.

Fungsi AI tersebut ditingkatkan menerusi NPU AI Engine yang membolehkan pemprosesan ini menguruskan pembatalan dan pengurangan hingar berdasarkan penilaian AI. ISP Spectra Triple pula membolehkan tangkapan foto dan video secara serentak dengan cara memproses selari ultra pantas dan pengezuman lancar. Cip ini juga mampu menyokong sensor pengimejan sehingga 200MP dan rakaman video HDR 4K.

Snapdragon 7s Gen 3 menyokong paparan FHD+ pada kadar penyegaran semula 144Hz dan berkeupayaan menguruskan RAM sehingga 16GB dan storan UFS 3.1. Ia juga menyokong ketersambungan 5G (mmWave dan Sub-6GHz), Wi-Fi (6E), dan Bluetooth 5.4. Turut disokong, sambungan GPS, Glonass, BeiDou, Galileo, QZSS, dan NavIC.

Qualcomm turut mengumumkan pengeluar-pengeluar seperti Samsung, Realme, Sharp, dan Xiaomi, akan menggunakan Snapdragon 7s Gen3 pada peranti keluaran yang akan datang masing-masing terutamanya jenis pertengahan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.