Utama Telco U Mobile Pakej Keluarga Malaysia: U Mobile tawarkan Samsung Galaxy A02 Percuma tanpa Bayaran...

Pakej Keluarga Malaysia: U Mobile tawarkan Samsung Galaxy A02 Percuma tanpa Bayaran Pendahuluan

1304
0

Bagi menyokong inisiatif Pakej Keluarga Malaysia, U Mobile telah memperkenalkan tawaran Zero Ringgit Phone. Melaluinya, anda boleh mendapatkan peranti 4G LTE percuma dengan VoLTE pada kontrak bulanan yang rendah.

Menerusi promosi ini juga, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy A02 pada harga RM0 tanpa sebarang bayaran pendahuluan. Selain itu, peranti ini juga diikat dengan kontrak yang lebih pendek iaitu 12-bulan sahaja.

Telefon percuma dengan pelan RM68/bulan

Untuk mendapatkan Samsung Galaxy A02 32GB tanpa bayaran pendahuluan ini, anda perlu mendaftar pelan U Mobile GX68 Giler Unlimited dengan kontrak 12-bulan.

Pelan pascabayar berharga RM68/bulan ini didatangkan dengan panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian, data tanpa had, dan kuota hotspot 5GB.

Jika anda ingin mendapatkan peranti lain dengan storan 64GB, Galaxy A03s dan OPPO A16 turut ditawarkan dengan harga setiap satunya RM199.

Telefon percuma dengan pelan RM40/bulan

Buat anda yang tidak memerlukan data tanpa had dan berhasrat ingin mendapatkan pelan pada harga yang lebih rendah, Samsung Galaxy A02 ini juga ditawarkan secara percuma melalui pelan prabayar baharu KM40 dengan kontrak 12-bulan.

Pelan ini menawarkan data 5GB dan panggilan suara 50 minit ke seluruh rangkaian pada kadar RM40/bulan. Anda juga boleh menebus data harian percuma 1GB untuk kegunaan produktiviti melalui aplikasi MyUMobile.

Sungguhpun telefon ini ditawarkan percuma, untuk pelan ini anda diperlukan untuk membayar RM288 sebagai pendahuluan. Bayaran pendahuluan tersebut akan dipulangkan semula kepada akaun anda secara bulanan sebanyak RM24 selama 12 bulan.

Maklumat lanjut, layari laman tawaran RM0 U Mobile.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.