Rundingan penggabungan di antara Celcom dan Digi sebagai syarikat-syarikat yang bernaung di bawah satu entiti telah dimuktamadkan pada Jun lalu. Ia dijangkakan dapat diselesaikan menjelang pertengahan pertama tahun depan, menurut penganalisa MIDF Research.
Tambah penganalisa berkenaan, sebanyak RM500 juta dijangka dapat dijimatkan hasil dari gabungan kedua-dua syarikat ini melalui bentuk modal dan operasi.
Selain itu, penggabungan ini juga bakal mempunyai 19.1 juta pelanggan di seluruh negara mengambil kira jumlah pelanggan sedia ada pada kedua-dua belah pihak. Ia seterusnya menjadikannya sebuah syarikat telekomunikasi mudah alih terbesar dari sudut kewangannya kelak.
Buat masa ini, rundingan anda kedua-dua syarikat ini masih berjalan dengan lancar. Dijangkakan, rundingan ini dapat diselesaikan mengikut jadual yang ditetapkan dan bergantung pada kelulusan pihak berkuasa.